Thursday, December 23, 2010

Tanda Cinta Allah kepada Hamba

Penulis sebenarnya ingin berkongsi sedikit cerita kpd semua. Mengenai diri penulis sendiri. penulis sendiri bukanlah seorang yg baik mahupun alim.^_^
cuma, apabila penulis sedang membelek majalah SOLUSI dan terpandangkan tajuk di hadapannya membuatkan penulis terfikir seketika.
apa salahnya penulis berkongsi sedikit cerita yg penulis dapat dari majalah tersebut kpd semua..kan?
ianya cumalah sebuah hadis yg pendek sahaja, namun cukup memberi makna kpd diri penulis dan mampu membuatkan penulis berfikir sejenak..


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :


" Jika Allah mencintai seorang hamba,maka Dia memanggil Jibrail, "Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia." Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit,"Sesungguhnya Allah mencintai si polan,maka cintailah ia". Maka penduduk langit mencintainya,kemudian ia mendapat perhatian di dunia."


(Riwayat al-Bukhari no 3037)


Apa yg penulis ingin kongsikan ialah betapa hebatnya cinta Maha Pencipta kpd hambanya..
tapi,
bagaimana dgn cinta kita terhadap-Nya??
penulis kira, masing-masing pasti tahu sedalam mana cinta kita kepada Nya..
tepuk dada tanyalah selera..
seperti yg penulis nyatakan tadi,penulis bukanlah seorang yg sempurna,,
namun apabila di fikirkan membuatkan penulis sedar bahawa penulis masih
melakukan kekhilafan terhadap-Nya..
penulis harap, kita dapat memikirkan sebentar sejauh mana keimanan kita terhadap Pencipta
sedangkan cinta Allah kepada hambanya terlalu besar.. =)


p/s : Mukmin itu, diamnya fikir, cakapnya zikir..

No comments:

Post a Comment