Wednesday, December 29, 2010

Salah siapa ?

Sempat juga penulis pergi ke Jitra,
bukan apa, tujuannya hendak membeli sedikit lagi barang-barang yg patut
untuk keperluan penulis ke sekolah,
sempat juga lah penulis menyaksikan peristiwa ini di hadapan mata penulis sendiri,
hehe =)

semasa penulis masuk ke sebuah kedai pakaian, penulis pun tinjau-tinjau lah
apa lagi barang yg hendak di beli,
setelah penulis mengambil barang-barang yg hendak di beli,
penulis pun membawa barang tersebut ke kaunter bayaran,
"cashier" tersebut merupakan seorang anak gadis yg berbangsa Cina,
tiba-tiba datang seorang pak cik yg berbangsa Melayu,
penulis gelarkan pak cik kerana rasanya usia lebih kurang 50 an..
pak cik tersebut pun bertanya kepada "cashier" tadi,

"saya beli barang kat kedai u, tak dapat kalendar free ar?"
"cashier" tadi menjawab,
"oo ada..nahh.(sambil memberi kalendar kpd pak cik tersebut)
"aiyaa, kalendar kecik ini saja ka? xdak yg besar lagi ka?
"xdak la uncle,kecik saja yg ada" jawab "cashier"
"lain kali, bagi la yg besar sedikit" balas pak cik itu.
muka "cashier" tu penulis lihat sedikit berubah.
pak cik itu berkata lagi,
"orang tanya dia buat muka pulak"
"cashier" tadi pun berkata,
"sudah la mintak kat orang, lepas tu mahu marah-marah lagi..aiyaaa"


penulis hanya tersenyum kambing kepada "cashier" berbangsa Cina tu.. =)
malu la pulak,
bukan apa,pak cik tadi mungkin terlebih emosi..
penulis pun terfikir, agaknya siapa yg salah ya,
pak cik tu ataupun "cashier" ? hehe
mungkin salah pak cik tu sebab banyak "songeh" ataupun
salah "cashier" tu kerana buat muka..hehe


p/s: renung-renungkan =p

No comments:

Post a Comment