Friday, February 4, 2011

Malu bertanya sesat jalan..






Sebelum penulis kembali ke sekolah,
penulis mahu ceritakan sedikit pengamatan penulis di sekolah,
sebenarnya banyak yg ingin di ceritakan oleh penulis apa yg berlaku di sekolah,
tapi tak mengapa, penulis ceritakan sedikit apa yg terlintas di fikiran penulis dahulu,
sebagai renungan kita bersama =)
rasanya situasi ini sudah pasti di alami oleh kebanyakan orang yang pernah bersekolah..

cuba imbas kembali,
pernah tak kita alami situasi sebegini,
semasa di kelas, sebelum cikgu mulakan pengajaran,..
"kalau ada yg tak faham, tanya ye.."
ada yg menjawab,
" baik, cikgu" dan ada juga yg hanya mengangguk kan kepala..
semasa pembelajaran, di tanya sekali lagi sama ada faham atau tidak apa yg di pelajari,
dan semuanya hanya diam sambil menunduk kan kepala,
takut kalau-kalau menjadi sasaran cikgu untuk menjawab soalan.. =)


senang hati cikgu melihat anak muridnya tidak bertanyakan sebarang soalan..
diam tandanya faham.. hehe
penulis akui kadangkala penulis juga tergolong dalam pelajar yang tidak menanyakan soalan,
hehe
namun ada juga yg berani untuk bertanyakan soalan,
mungkin sekadar mahu menjaga hati guru
ataupun benar-benar ingin bertanya,
tapi rasanya memang agak sukar untuk melihat para pelajar bertanya walaupun di akui masih ada
yg sebegini,

















penulis terfikir apa yg membuat kan pelajar takut untuk bertanya,
mungkin juga di sebabkan reaksi rakan ataupun guru,
ye lah, takut di ketawakan ataupun di katakan sebegini,

"laaa, soalan tu pun nak tanya"

hehe
itu agaknya yg membuatkan pelajar sedikit tidak berani,
senang-senang tanya je rakan yang lebih pandai sedikit,
ataupun rakan yg aktif dalam kelas,
tapi ok lah,
sekurang-kurangnya bertanya dari mendiamkan diri terus..hmmmm

tapi ada juga yg bernasib baik apabila bertanya,
mungkin rakan-rakan kita akan berkata,

"haaa, soalan tu laa yang aku nak tanya"

apa yg penulis rasa, budaya bertanya ni masih belum sebati dgn diri kita,
hmmmm ( termasuk diri penulis sendiri)
mungkin ada yg berkata,
senanglah penulis bercerita, cubalah berada dalam situasi terbabit,
okayy, memang penulis akui agak sukar tapi rasanya kita mampu untuk mengubah.
hehe =)
sedikit demi sedikit..
mungkin apabila bertanya kita akan kelihatan bodoh untuk seketika namun rasanya lebih baik
dari kelihatan bodoh untuk selamanya apabila tidak bertanya.. =)








p/s: penulis sukakan kritikan yang membina ^_^

Berharga rupanya..














Tiba-tiba penulis teringatkan seorang rakan penulis,
hehe,
masa tu, penulis bersama beberapa lagi orang rakan penulis sedang menaiki tangga untuk ke kelas,
huh ! memang penat,
almaklumlah sudah lah jauh bangunan kelas,
sehingga ke hujung kawasan,
terpaksa memanjat tangga yang tinggi pula,
memang tabah jugalah menghadapi hari-hari,
berbalik kepada cerita penulis,
sedang penulis menaiki tangga untuk ke kelas bersama rakan-rakan,
tiba-tiba salah seorang rakan penulis bersuara,
" kan bagus kalau ada tangga bergerak, sempat juga baca buku, buang masa naik tangga"
haha, rasanya penulis pun tak pernah terfikirkan perkara tersebut,
hmmm benar juga apa yg di katakan oleh rakan penulis tersebut,
tapi apa yg penulis terfikirkan,
rasanya sekarang semua rakan penulis sudah tahu kepentingan masa,
hehe =)
sebelum ni, datang prep pun boleh lagi bermain-main,
tapi apa yg penulis lihat sekarang tak berganjak langsung dari tempat duduk,
jika dulu dua jam tu rasa cukup lama,
tapi sekarang, aduhh!
sekejapnya ,masa berlalu..
sampaikan terfikir hendak menaiki tangga sambil membaca, hehe
hmmm bagus juga rakan-rakan penulis ni,
bukan apa, sekurang-kurangnya memberi sedikit motivasi kepada diri termasuklah
diri penulis sendiri..=)
kesedaran yang ada tu sudah cukup bagus rasanya,
cumanya bukanlah sekadar bersifat sementara..
tetapi sentiasa.. =)


p/s: the essence of knowledge is, having it, to apply it; not having it, to confess your ignorance

Wednesday, February 2, 2011

Baru nak rasa sayang...












































Haha,
penulis rasa mcm terlebih semangat sekolah pulak !
hmm..
sebenarnya memang penulis rasakan kelainan tahun ini,
mungkin juga sebab inilah tahun terakhir penulis akan berada di sekolah,
seronok juga rupanya apabila di kenang kembali segala pengalaman manis dan pahit
sepanjang berada di sekolah berasrama,
terlalu panjang rasanya untuk di ceritakan,
dan terdetik di hati penulis bahawa sayang juga penulis terhadap sekolah yang membesarkan penulis
dan banyak memberi tunjuk ajar..
teringat penulis akan peristiwa bekas pelajar yg datang ke sekolah penulis,
rasanya bekas pelajar terbabit sudahpun bekerjaya dan mempunyai anak-anak yang
hampir sebaya dgn penulis,
tapi apa yg menariknya, dia masih menghormati dan menyanyikan lagu sekolah dgn lancar,
walaupun sudah berpuluh tahun meninggalkan sekolah namun masih di ingati sehingga kini,
rasanya kalau di tanya kepada penulis lirik lagu sekolah rendah pun,
penulis pasti sudah melupainya..
sempat juga rakan penulis berkata,
"huishh pak cik tu, menyanyi lagu sekolah. semangat betul !"
penulis tersenyum dan membalas,
"ha ha ha, jgn kata kat pak cik tu, nanti kita pun akan datang dan menyanyi macam tu jugak.."

















penulis rasa tempat-tempat ini lah yg akan penulis rindu apabila menjejakkan kaki ke luar
sekolah satu hari nanti.. =)

p/s: maaflah, tidak banyak gambar yg lebih menarik di sekolah penulis

Sentiasa di ingatan..

Memang sudah menjadi lumrah manusia..
apabila adanya pertemuan pastinya ada perpisahan.. ^_^
apa yg penulis ingin sampaikan dalam post kali ini adalah tentang pertukaran pengetua di sekolah penulis,
Tn Hj Rusdin Bin Husin yg di tukarkan ke sebuah sekolah di Kulim,
penulis akui sebelum ini memang ramai yg merasakan pengetua ni memang tegas orangnya,
dan adalah suara-suara sumbang yg memberi komen secara peribadi termasuklah penulis sendiri,
sehinggakan pengetua ni di katakan seorang yg begitu "straight" dlm mendidik kami,
hehe ^_^
tapi apa yg terjadi semasa majlis perpisahan pengetua di sekolah memang memberi penulis
satu momen yg menarik untuk di ingati,
pengetua yg selama ini di takuti,
sebaik sahaja di beritahu mengenai pertukarannya,
ramailah pelajar yg terkejut dan tidak kurg juga ada yg "slumber" je..


















apa yg penulis tertarik,
rupa-rupanya ramai juga pelajar yg terasa akan kehilangan pengetua ni,
penulis rasa walaupun pengetua seorang yg sedikit "straight" namun dia merupakan
seorang cikgu yg dekat di jiwa pelajar,
sehinggakan pernah tidur di asrama bersama para pelajar,
penulis akui sedikit tersentuh dengan berita pertukaran beliau,
dan baru penulis sedari, rupa-rupanya sayang juga penulis terhadap pengetua ni,
hehe =_=
ada juga rakan-rakan penulis yg berkata,
"kalaulah pengganti pengetua datang dan lebih "straight", mampos kita !"
seorang lagi rakan penulis membalas,
"dah kehilangan baru nak hargai"
penulis pun sempat terfikir,
memang benar juga apa yg di katakan,
apa yg ada di depan mata, memang kita tak endahkan sangat
tapi, bila dah kehilangan
baru hendak menyesal dan rasa menghargai,
hmmmm
















Penulis dan pengetua


akhir kata, penulis ucapkan selamat maju jaya kepada mantan pengetua di tempat yg baru,
dan harapnya pengganti yg datang mampu mencipta kejayaan sekolah yg lebih banyak,
amin..

p/s: you are a product of your own brainstorm
      (rosemary k. steinbaum)