Friday, December 24, 2010

Belajar daripada....





Hurmmm...
penulis rasa sepanjang cuti ni penulis banyak menghabiskan masa
di rumah sahaja...
berbanding pada cuti-cuti yang lepas sempat jugalah penulis berjalan-jalan
untuk menimba pengalaman...
bukan apa, sepanjang cuti ni penulis terpaksa menghadiri tusyen
di Jitra..
sebagai persediaan untuk tahun hadapan lah katakan..
rupa-rupanya, ada juga rakan-rakan penulis yg turut mengikuti tusyen di situ !
pada awalnya, penulis rasa memang rugi lah kerana penulis tidak dapat berseronok untuk
berjalan-jalan pada cuti kali ini..
kerana penulis memang suka melihat suasana alam ni..
tiba-tiba penulis teringatkan kata-kata ini,

"Alam ini adalah maha karya Tuhan, yg sentiasa berbicara dgn manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya. Hakikatnya, alam ini adalah sekolah insan ! "

penulis kira,kata-kata ini memberitahu kita bahawa kita sebagai manusia memang dapat mempelajari
sesuatu daripada alam ini..
berbalik kepada cerita penulis,
rupa-rupanya sangkaan penulis memang silap !
sepanjang penulis menghadiri tusyen ini pun, penulis dapat mempelajari sesuatu !
bukan nya perlu ke tempat orang sahaja malah di tempat sendiri pun kita dapat mempelajari sesuatu..
mungkin perjalanan dari rumah penulis ke tempat tusyen hanya memakan masa
lebih kurang 15 minit...
apa lah sangat yg boleh penulis pelajari..
tapi ternyata penulis mendapat sesuatu sepanjang pemerhatian penulis..
mungkin cerita yang berlaku adalah fenomena biasa sahaja
tapi kerana ianya selalu berlakulah kita endah tidak endah sahaja..
apabila penulis memikirkan kembali, ada juga pengajaran yg boleh penulis dapati daripada
fenomena biasa ini.. =)
bukan apa, walaupun Jitra bukanlah bandar yg besar seperti Kuala Lumpur,
tapi kesesakan lalu lintas pun turut berlaku..penulis kira di tempat-tempat lain juga begitu kan?
kalau ada kenderaan yg terlambat sedikit sahaja untuk bergerak sudah pasti hon kereta
akan di bunyikan..
setiap hari penulis dapat mendengar bunyi hon kereta di bandar Jitra..
orang-orang yang bekerja memang mementingkan ketepatan masa
untuk melakukan urusan harian mereka..
bagi mereka, setiap saat yang berlalu itu memang penting..
itulah yg penulis cukup kagum sekali..
ketepatan masa !
di sekolah, bukannya tidak di ajar untuk mementingkan masa..
tetapi penulis lihat ramai rakan-rakan penulis termasuklah diri penulis sendiri lebih banyak
mencuri dan membuang masa..
mungkin bagi penulis dan rakan-rakan tiada apa yg penting sangat untuk di selesaikan..
penulis rasa tanggapan ini seharusnya di jauhi..
penulis percaya suatu hari nanti ketepatan masa memang akan menjadi sesuatu yg penting
buat penulis dan rakan-rakan penulis juga..
bukankah lebih baik jika kita berubah mulai sekarang?
rasanya ia sudah pasti memberi manfaat kepada kita semua..
tidaklah asyik membazir masa dan yg penting kerja pun dapat di selesaikan dan tidaklah asyik
tertangguh sahaja.. =)

p/s: penulis memang suka dgn Donald Trump !


" If you are going to be thinking, you may as well think big "

No comments:

Post a Comment