Thursday, December 23, 2010

Sungguh bersungguh-sungguh !

Cerita yang penulis ingin kongsikan kali ini adalah mengenai rakan penulis..
terdetik di hati penulis untuk bercerita mengenai rakan penulis ini memandangkan tahun 2011 bakal muncul apabila 2010 akan melabuhkan tirainya lebih kurang seminggu je lagi..huhu
penulis kira calon-calon SPM 2011 sudah pasti membuat perancangan dengan rapi untuk menghadapinya pada tahun hadapan..

hah, berbalik kepada apa yang ingin penulis ceritakan..
penulis namakan rakan penulis ini Mr.Z sajalah..=)
penulis kira Mr.Z ini bukanlah seorang yang terlalu pandai ataupun"top student" lah katakan di sekolah penulis..
kiranya seorang pelajar yg sederhana sahaja..
berbanding dengan seorang lagi rakan penulis yang sememangnya "top student" di sekolah iaitu Ms.N,
walaupun Ms.N ini selalu je tido dalam kelas..hehe

namun apa yg penulis ingin sampaikan ialah sikap Mr.Z ni sangatlah bagus kerana tak pernah merungut mahupun berputus asa..
bukannya apa, Mr.Z dan Ms.N ini merupakan pelajar sekelas..
sewaktu cikgu mengajar, Ms.N tido dalam kelas tapi Mr.Z tak tido,
time Ms.N bersembang dgn rakan-rakannya, Mr.Z membuat latihan,
penulis kira Mr.Z ini sangatlah rajin..

namun setiap kali keputusan peperiksaan, Ms.N pasti dapat result yg lebih elok berbanding Mr.Z,
apa yg penulis hairankan Mr.Z tidak pernah rasa malas untuk terus berusaha..
itulah yg sebenarnya penulis begitu kagum dgn kesungguhannya,
pernah penulis menanyakan Mr.Z tentang hal ini,
dan Mr.Z menjawab,kegagalan yg di alami itulah yg sebenarnya membuatkan dia untuk lebih terus berusaha
sebenarnya..
penulis pun terfikir bahawa Mr.Z ini begitu bersungguh-sungguh untuk berusaha..
terlintas di fikiran penulis waktu itu, lagu Fikirkan Boleh !

" Jika kau fikirkan kekalahan,
  kau hampiri kegagalan,
  Jika kau fikirkan kemenangan
  kau hampiri kejayaan"

penulis rasa lirik lagu di atas sesuai benar dgn rakan penulis, Mr.Z yg begitu bersungguh-sungguh !
apa yg penulis dapat simpulkan ialah,walaupun kita gagal dalam sesuatu perkara namun jika kita teruskan berusaha sudah pasti dapat mencapai nya,,
penulis percaya rakan penulis ini pasti dapat mencapai kejayaan dalam hidupnya suatu hari nanti..
balasan untuk orang yg berusaha sudah pasti akan tiba !

p/s: Kejayaan dan kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha !

No comments:

Post a Comment