Tuesday, December 31, 2013

Salam 2014


Sudah lama rasa nya tak jengah blog.
Skil penulisan aku pun dah tumpul. Maaf.
Entah ada yang mengingati atau tidak. Entri kali ni nak di tulis dalam ayat
yang lebih formal. Memandangkan dah masuk tahun baru, elok aku ucapkan
"Selamat Tahun Baru 2014"
Rasanya kalau bercakap pasal Tahun Baru mesti sinonim dengan azam baru.

Entah lah. Malas nak ulas panjang panjang. Harapnya sesiap yang berazam tu sudah
pasti yang elok belaka. Mana ada kita berazam untuk menjadi lebih jahat dari tahun
sebelum nya sebagai manusia yang normal.







Aku pun nak berazam juga. Cuma nya malas nak berazam lebih lebihan sebab last sekali
tak jugak tercapai azam aku tu. Aku cuma mahu menjadi insan yang lebih baik dan dapat
mengurangkan segala perangai buruk tu.
Harap nya tercapai. Azam ni lebih susah rasanya dari berazam nak kuruskan badan. Sebab ini
melibat kan hati dan juga diri kita sendiri.

Memandangkan tahun 2013 yang telah di tinggalkan mempunyai banyak sejarah pahit yang berkaitan hati dan perasaan. Aku nak tulis kan beberapa ayat yang pernah aku terbaca. Entah kenapa aku suka kan ayat ni. Seolah olah menggambarkan perasaan aku ketika itu.

                 


                            " Kau kata kau suka kan hujan,
                              tapi kau gunakan payung berjalan dibawahnya,
                              Kau kata kau suka kan matahari,
                              tapi kau bereduh pabila ia bersinar
                              Kau kata kau sukakan angin,
                              tapi kau menutup tingkap pabila ia meniup.
                           
                              dan sebab itulah,

                              Aku takut bila kau katakan kau cintakan aku "



                                                                                  ( Bob Marley)