Thursday, March 31, 2011

Put Yourself In Other's Shoes




Secara ringkas.
Sebelum itu, maaflah kerana judul di atas Bahasa Inggeris.
Bukan apa, senang untuk di fahami.
Penulis tetap sayangkan bahasa ibunda. hehe =D
Seringkali penulis perhatikan dan juga di ceritakan.
Mungkin kita seringkali merungut tentang sesuatu perkara yg kita kurang senang.
Namun, kita tidak pernah meletakkan diri di dalam situasi terbabit.
Cuma yg kita tahu, hanya meluahkan rasa.
Rasanya kita harus berfikir sejenak di pihak orang lain dan cuba mengalami keadaan terbabit
barulah mengetahui apa sebenarnya yg terjadi.
Faham? Sebagai contoh cerita di bawah.


Seorang lelaki dari New York diajak untuk menghadiri satu majlis makan-makan oleh rakan Koreanya sempena satu majlis. Pabila dihidangkan dengan makanan yang pelbagai, bermangkuk-mangkuk dan berpinggan-pinggan, sehingga dia tidak tahu apa yang perlu dimakan dahulu, bahkan tanpa mengetahui apakah jenis makanan itu, ia hanya meminum air dan meminta diri untuk pulang. Setelah pulang, ia mengkhabarkan dan merungut kepada rakan-rakan yang lain bahawa makanan Korea langsung tidak sedap, tidak berkhasiat dan sangat celaru serta menyusahkan!


Jika diperhatikan, apakah kesilapan terbesar lelaki New York tersebut?...


Ya, ia tidak mahu menjadi dan meletakkan dirinya dalam masyarakat Korea itu, tanpa menyiasat dan bertanya, ia terus menghukum, sedangkan ia langsung tidak mengetahui bagaimana dan apakah keadaan yang sebenarnya.


Jika ia sudi meletakkan dan menyesuaikan dirinya dengan masyarakat Korea, maka ia akan mengetahui bahawa makanan-makanan itu tidaklah secelaru sebagaimana ia fikirkan, ia mempunyai peraturan dan cara makan yang tersendiri. Bahkan makanan Korea telah diakui secara saintifiknya ia adalah antara makanan kesihatan yang terbaik di dunia. Selain bahan bahannya, ia menitik beratkan seni penyediaan, prinsip asas iaitu lima warna, merah, hijau, kuning, putih dan hitam menjadi perkara yang perlu ada bagi setiap hidangan. Jika ia mengkaji lagi, makanan Korea menjadi berjenis-jenis itu adalah kerana sejarah seorang maharajanya yang terlalu teliti dalam soal makanan, maka tukang masak istana menyediakan makanan sedemikian rupa.

Sekarang, jika ia mengetahui betapa istimewanya makanan tersebut, adakah ia akan melepaskan peluang untuk mencuba? Adakah ia akan merungut? Atau adakah ia akan terus berasa jengkel?...


 CONTOH KEDUA:
Mungkin kita pernah melihat seorang budak yg hanya melihat rakan-rakannya menikmati sebatang 
ais krim dan dia selalu meminta kepada rakan-rakannya tanpa pernah membeli sendiri. Setiap hari, dia
meminta kepada rakan-rakannya walaupun harga ais krim itu sebenarnya tidak lah begitu mahal. Cuma seringit sahaja. Dan dengan mudahnya kita membuat kesimpulan bahawa budak tersebut seorang yg 
suka meminta kepada org lain dan mungkin juga seorang yg kedekut ataupun suka menyusahkan org lain.
Namun, tidak kita ketahui bahawa nilai seringgit itu mungkin besar ertinya kepada budak tersebut. Ataupun dia sememangnya tidak mampu walaupun apalah sangat nilai seringgit itu kepada kita. Kita memang tidak akan memahaminya kerana kita tidak berada di tempat budak tersebut.



Penulis tidak mahu bercerita lebih lanjut. Rasanya, apa yg ingin di sampaikan sudah di fahami.
Renung-renungkan dan selamat berfikir. =D


p/s:  cerita pertama lebih hebat dari cerita kedua. sebabnya, cerita kedua itu hanyalah rekaan penulis semata-mata. okayy peace ! =)

Friday, March 18, 2011

Virus minda

Sedang penulis menonton TV, tiba-tiba handphone penulis berbunyi menandakan SMS masuk.
cepat-cepat je penulis lihat sape la yg hantar SMS tu kan.
seperti yg disangka, ANUAR ZAIN yang text kepada penulis. =D
kenal tak? hah, tak kenal?


hah, ni lah ANUAR ZAIN yg text dgn penulis tuh. amacam? =D

haha. bukan tu yg penulis nk story kat sini. tapi Anuar Zain (ayah penulis sebenarnya yg bukak) beritahu penulis suruh bukak cite
Mata ke Hati.
ape tuh? haha.
satu program yg berbentuk motivasi la lebih kurang. hmmm ye ke?
kena la tgk, baru tahu. HAHA
pengerusi cite Mata ke Hati neh, namanya Prof Dr Muhaya
pun x knal jugak??


                                                          Prof Dr Muhaya


apa yg penulis nak beritahu, rupa-rupanya dalam minda kita neh memang ada sejenis virus
yg femes gitu !
ini pun setelah Prof Dr Muhaya ni lah yg sampaikan. hehe
nama virus ni adalah
ALASAN !
haaa.. setiap org mesti ada virus minda yg bernama alasan.
katanya, setiap perkara yg kita ingin lakukan mesti akan diserang dgn virus tersebut.
jalannya, kita mesti membunuh virus tersebut ataupun jgn memberi alasan.
wahh ! cukup mudahkan?
haha. cakap mmg la senang..
tapi belum cuba belum tahu  =)


p/s: no more ALASAN okayy? hehe =p

Thursday, March 17, 2011

Jentik- jentik ?

tahu tak ini apa? HAHA. okayy ! mesti tak tawu kan?
JENTIK-JENTIK lahh !  =D
haha, tak dak kena mengena pun dgn benda yg penulis nak ceritakan ni.
oppss ! ada kot sikit2. HAHA
okayy, penulis tawu cerita ni pun bila Anuar Zain text dekat penulis suruh baca paper.
ini lah kepentingan paper okayy. =D




17 Mac - 20 Pelajar Asrama Penuh Dibuang Jentik Dahi Junior

asrama
BUKIT KAYU HITAM: Seramai 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu dibuang sekolah berkuat kuasa Khamis lalu selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu.

Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdullah Saat, berkata pelajar terbabit boleh mengemukakan rayuan melalui Bahagian Pendaftar Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dalam tempoh sebulan. Bagaimanapun dalam kes ini, ia akan dirujuk kepada Kementerian Pelajaran kerana ia berstatus sekolah asrama penuh. Jika sekolah biasa cukup sekadar Jabatan Pelajaran Negeri (membuat keputusan). Namun, keputusan membuang pelajar atas kesalahan disiplin adalah hak sekolah selepas meneliti kesalahan itu adalah berat dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan tidak puas hati ibu bapa dan penjaga yang menyifatkan ia terlalu drastik dan tidak dimaklumkan kepada mereka terlebih dulu hingga boleh menjejaskan persiapan anak mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Oktober ini. Walaupun mengakui perlakuan itu melanggar disiplin, mereka beranggapan pihak sekolah sepatutnya memberi peluang kedua kerana ia membabitkan masa depan pelajar terbabit.
Seorang bapa, Jasni Mohd Noor, 44, berkata pihak sekolah seharusnya memberi peluang kepada semua pelajar dan mengenakan hukuman lain yang tidak membabitkan tindakan buang sekolah kerana ia boleh menjejaskan persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti. Bekas guru itu berkata, pihak sekolah juga tidak memaklumkan kepada penjaga mengenai tindakan itu dan hanya mengarahkan anak mereka keluar dari asrama pada 25 Februari lalu.
Mereka tahu anak mereka bersalah, tetapi jika boleh berilah peluang sebab sukar bagi ibu bapauntuk mencari sekolah yang sesuai kerana mereka sudah memasuki aliran Sains Teknikal sejak Tingkatan Empat. Mereka akan menghadapi masalah jika bertukar ke sekolah lain yang kebanyakannya tidak mempunyai aliran itu. Saya bimbang mereka tidak dapat memberi tumpuan.
Seorang lagi bapa, Mohd Azami Abdul Majid, 45, berkata pihak sekolah sepatutnya boleh bertolak ansur daripada mengambil tindakan yang terlalu keras. Beliau mendakwa hanya mengetahui tindakan itu melalui surat yang dihantar menerusi pos laju ke rumahnya oleh pihak sekolah pada Ahad lalu.
Tiada laporan polis dibuat dan tiada sebarang laporan doktor berhubung kejadian itu. Selain itu, sekolah tidak memaklumkan kepada ibu bapa apabila pelajar terbabit diarahkan keluar asrama, sebaliknya hanya dihubungi anak sendiri.
Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian


 Haa.. fikirlah sendiri ye. pergi sekolah nak main jentik-jentik ke ape? HAHA
Tak kan lah, baru sekali jentik dah kena buang sekolah? Ni mesti....

p/s: Lambat sikit tulis cerita ni. HEHE 
      kredit to kawan penulis yg bercerita. =D
      penulis pelajar Sains Kedah okayy? amek berat rakan SBP. =)
     Thanx ANUAR ZAIN ! =p

Pelangi Selepas Hujan



Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam.

" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "
 
" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.

p/s: ilham dari ANUAR ZAIN =)

Tuesday, March 15, 2011

SEDETIK LEBIH



SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...





p/s: okayy no komen ! HAHA
terbaekkkkkkkkkkkkk

Welcome !

Pertama sekali, maaf sebab penulis tidak sempat meluangkan masa untuk meng"update" kan
blog ni. hehe
sedikit sibuk. (okayy, kalau facebook memang sempat)
haha
apa pun penulis nak mengucapkan selamat datang kepada pengetua baru.
belum terlambat lagi rasanya.
En Pesol B Md Saad
harapnya dapat membuat sesuatu yg cukup bermakna di sekolah ini.
dan rasanya lebih bermakna kerana beliau merupakan bekas pelajar sekolah ini sendiri.
apa yg penulis lihat dan dengar tentang pengetua ni, beliau merupakan seorang yg cukup tegas.
baguslah, ke arah kebaikan juga. hehe =p
dan kata-katanya pada hari pertama beliau berucap memberi kesan yg cukup mendalam kepada diri penulis.
apabila beliau berkata bahawa tidak harus mempersalahkan satu pihak sahaja tapi
perlu melihat dari pihak pengetua, kemudiannya guru dan pelajar tidak terkecuali.
ini barulah jalan penyelesaian yg baik. hehe
bukannya melihat  kepada sebelah pihak namun kedua-duannya.
apa2 pun warga Sek Men Sains Sultan Mohd Jiwa sentiasa mengharapkan yg terbaik !


En Pesol B Md Saad



p/s: first impression memang cukup penting ! =)

Thursday, March 3, 2011

Tinta maaf..

Secara tiba-tiba terlintas di fikiran penulis pada petang tadi,
semasa penulis di dalam kereta bersama ayah penulis,
sempat mendengar ceramah aaupun mungkin juga luahan rasa ayah penulis, hehe
penulis akui ayah penulis memang merupakan seorang yg suka  bercerita.
agar penulis sentiasa berfikir tentang kehidupan ni.. katanya.. =)
terbit rasa bersalah dalam diri penulis..


BUAT ABAH,

Pertama sekali, adik nak mintak maaf kat abah kerana banyak karenahnya. Terima kasih jugak kerana telah bersusah payah membesarkan adik dan menjaga keluarga kita dgn baik. Adik mengaku selalu juga protes dalam diam kerana abah seorang yg tegas dan sukar untuk adik bersuara.Namun sebab sikap abah lah adik menjadi seorang yg lebih matang dalam hidup dan mampu menjaga diri.


BUAT MAMA,

Walaupun mama suka berleter tapi kalau mama diam sehari rasa macam sepi ja hidup. hehe
Terima kasih juga kat mama sebab selalu masak yg sedap-sedap untuk adik. Dan mama jugalah yang selalu menasihati dan mendengar masalah adik. Adik harap mama akan terus berdoa untuk kejayaan adik dalam hidup.
















BUAT KAK LONG,


Rindu rasanya bila berjauhan. sebab tak de orang yg nak gadoh dgn adik.haha
almaklumlah kita berdua ja bersaudara..
Selalu juga kalau hampir exam je, ada saja pesanan ikhlas dari penaja yg sorang neh.
ambil berat, bukannya apa =)
apapun terima kasih mengambil berat kat adik ( sebab ada adik sorang ni je)
dan kak long lah kakak yg best.. hehe 



















 PENULIS MENGHARGAI INSAN-INSAN DI ATAS.


p/s: penulis tidak suka meng UMUM kan perkara yg penulis rasakan PRIVACY.
      =)

Wednesday, March 2, 2011

Rendahkanlah dirimu sepertimana dalamnya lautan..

Assalamualaikum Bismillahirahmanirahim
Kadang-kadang kita lupa, dalam mencari kebenaran dan berdakwah ke jalan Allah, kita selalu meminggirkan orang lain, dalam usaha kita berdakwah kepada orang lain, dengan niat untuk membawa mereka ke jalan Allah, kita selalu menganggap kita yang terbaik walhal kita semua sama sahaja, yang membezakan diri kita dan orang lain hanyalah iman, ilmu dan ketakwaan kita.
 


Ya Allah, kurniakanlah kepada kami taufik dah hidayat-Mu.Ameen.
 
Siapa kita untuk mengukur keimanan dan ketakwaaan orang lain? Sedangkan iman di hati sendiri belum ada alat pengukurnya, sedangkan iman di hati kita bukannya seperti iman para sahabat, iman mereka tinggi ketika bersama Rasullullullah, rendah ketika jauh dari Baginda..tapi kita?bukan naik turun, KELUAR MASUK..Masya-Allah..siang kita beriman, malam kita kufur, malam kita beriman, siang kita kufur..Nauzubillah. 
 
"Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.(Imam Abu Hanifah)
..dari percakapan seorang daripada 4 orang Imam besar,jelaslah mengatakan bahawa Allah tidak memandang kepada pakaian seseorang itu,tapi Allah menilai dirinya berdasarkan Ilmu dan Ketakwaan seseorang. Bukan maksud penulis mengatakan bahawa seseorang itu bebas untuk berpakaian tanpa perlu mengikut landasan Islam sambil mendabik dada mengatakan aku sudah berilmu, jangan menilai dari pakaian aku.Tidak, silap sebenarnya. Kenapa Allah memberi kemulian kepada orang yang berilmu dan bertakwa? Kerana bila ilmu di minda dan takwa di hati..sesungguhnya ilmu itu sebagai petunjuk dan takwa itu sebagai penghalang dari diri kita untuk melakukan Maksiat..Ilmu mengatakan.."Untuk Menilai seseorang,tengok dari segi pakaiannya"..Takwa pula menghalang diri dari berpakaian yang dilarang oleh Islam..yang tentunya jauh terpesong dan mendedahkan aurat. Dalam kita berdakwah, tidak kira tempat atau masanya,perlulah kita ingat rendahkanlah diri kita seperti dalamnya lautan dan iman kita seperti berharganya mutiara di dasarnya. Disini ingin penulis senaraikan 5 amalan atau tips-tips untuk kita menjadi seorang yang zuhud dan dikasihi ramai dalam berdakwah. Pesan Imam Hanafi :
  1. Hormat,sayang dan anggap kanak-kanak lebih mulia dari diri kita kerana mereka belum berdosa dan sesungguhnya mereka lebih suci dari kita
  2. Hormat kepada orang yang lebih tua dari kita kerana sesungguhnya mereka lebih dahulu dari kita dalam melakukan ibadah dan beramal
  3. Menyanjungi orang alim dan ulama kerana sesungguhnya ilmu mereka lebih tinggi dari kita,belajarlah dari mereka
  4. Malu kepada orang jahil dan kafir kerana sesungguhnya mereka melakukan kesalahan dan maksiat tanpa mengetahui dosanya,sedangkan kita melakukan kesalahan walhal kita tahu akan azabnya
  5. Jangan anggap orang yang berdosa lebih jahat dari kita kerana sesungguhnya hidayah milik Allah dan bila-bila masa sahaja Allah akan berikan hidayah kepadanya dan menarik hidayah kita.Mungkin suatu hari nanti dirinya akan lebih mulia disisi Allah daripada kita yg mencercarnya dulu(Nauzubillah)

p/s: Yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan

Kaca dan permata..

Hollaaa !
wahh agak lama rasanya penulis tak mengintai di sini,
hehe =)
banyak peristiwa-peristiwa yg terjadi menguji keimanan penulis,
cehh~ ayat macam ape lagi, hehe







penulis tidak ingin mengulas apa yg terjadi tapi rasanya ingin mengambil pengajaran di sebalik yg berlaku,
bukannya apa, byk sgt kalau hendak di coretkan, hehe
okayy, pertama sekali apa yg penulis belajar ialah jgn terlalu mempercayai orang lain.
huhu  =(
sedih rasanya apabila org yg kita percaya tiba-tiba tak seperti yg di sangka..waaaa
dalam apa jua, tak kiralah apa jenis perhubungan sekalipun..
hurmmm memang penulis akan ingat sampai bila-bila..












dan yang menarik sekali apabila kita di timpa kesusahan lah
sebenarnya tempat yg sesuai untuk melihat sama ada "kaca" ataupun permata" sesorang itu..
menarik rupanya apabila ada banyak "topeng-topeng" manusia saat ni,
hurmmm sempat penulis perhatikan perkara ni. =)
dan penulis rasa akan lebih berwaspada lain kali dalam mempercayai seseorang kerana sakitnya
apabila di khianati.. =p


p/s: ber INGAT sebelum ter KENA