Wednesday, August 31, 2011

Hahaha =D



1)polis dan perompak

Seorang perompak yang baru merompak sebuah bank telah ditangkap oleh pihak polis.

Polis: Jangan bergerak!!!!

Perompak: ok...ok...

Polis: Angkat tangan!!!!!


Perompak: Kan tak boleh bergerak..macam mana nak angkat tangan?

Polis: @#$%&!*(bengang)





2)muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.

"Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,

"Boleh nek, tapi kenapa?"Si nenek menjawab,

"Biar muntahnya lebih cepat."





3)pak pandir barah otak


Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.


Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak. 





p/s: =D

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri


Haaa.
Best kan tgk org tgh sibok2.
al maklumlah, nak raya kn.
tgk mmg best tp keja tak nak buat. haha =D
teringat pulak zaman kecik2 dulu.
meriah je. maw nya x meriah, boleh main bunga api.
sambil lari-lari dgn riangnya. wahhh ! 
sampai putus jari pun x pe, setahun sekali je. =p
dan yg paling penting,
duet pun buleh tahan jugak meriah nya.
hehehe 0_o
kalau time balek kmpg tuh, pusing dua tiga kali keliling kmpg.
byk pusing byk lagi laa duet.
haha. tp skrg dah besar.
untungkan jadi bdk kecik? haha
so, manfaat kan la zaman kau muda2 ni. huhu
okay, * mengarut.
btw, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin yaa.
biasa laa, manusia biasa mmg byk buad salah kan.  =,=
nanty I dedicate lagu raya yg Anuar Zain nyanyi ngan Elina tu kat youu all
dalam Hot fm okayy? tanda maaf. heee~
kalau ada yg terasa ke, terkasar bahasa, termelawak atau apa2 je lah,
ikhlas dari lubuk hati ni harap semua dosa2 I di maafkan. ^_^
sory laa ye, x sempat nak post dalam paper Utusan Malaysia kt ruangan salam perantau
tu, dalam blog pun kira halal la ehh. haha  =D
tahun depan I post okayy. =,=


                                      SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
                                     
                                      love from New Zealand. =D

p/s: jemput laa dtg rumah, tp I x da kt umah sbb ada kt New Zealand. haha

Friday, August 26, 2011

Manusia, Otak, Akal, Hati & Duit



Manusia :
Aku dicipta untuk satu tujuan. Menjadi khalifah di muka bumi ini. Berbuat kebaikan untuk diri sendiri dan sekian mahluk ciptaan-Nya. Aku dilahirkan bogel tetapi tidak ternilai. Aku ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan nilai-nilai tertentu. Nilai-nilai yang mungkin warna-warna elok dan terang sedap dipandang tetapi mungkin sahaja terselit warna-warna muram dan kehitaman yang comot.
Pemilikku adalah ibubapaku tetapi kami sekeluarga dimiliki-Nya. Aku tidak kekal sama tetapi membesar secara fizikal dan mental dan berhijrah dari semasa ke semasa. Kuasa ku terdapat berbagai-bagai bentuk. Ada kuasa terletak pada pengetahuan, fizikal atau kedudukan. Tetapi walau bagaimanapun besar kuasaku, aku tetap hamba pada-Nya. Walau pun kekadang aku terlupa atau sengaja buat-buat lupa amanah-Nya padaku.
Duit, kau membuat ku bekerja untuk mendapatkanmu. Supaya aku mampu memiliki yang lain melaluimu. Kebanyakannya berbentuk lahiriah. Dan dari lahiriah inilah kekadangkan boleh memberikan aku kepuasan batin, kesenangan dalaman atau memenuhi santapan jiwaku. Salahkan aku kalau bercita-cita untuk mendapatkan seberapa banyak duit?
Otak :
Aku dicipta-Nya seiring dengan setiap mahkluk yang wujud. Mungkin berlainan bentuk dan keupayaan. Sudah tentu sahaja begitu kerana setiap makhluk berbeza tujuan diciptakan-Nya. Tetapi aku hanya alatnya sahaja. Ya, aku ibarat lampu suluh sahaja. Untuk menyala aku perlukan sumber tenaga, aku perlukan bateri. Jika bateriku lemah maka suramlah sinarku dan sebaliknya. Akal adalah bateriku. Akallah sumber tenagaku.
Akal :
Aku melihat, mendengar, merasa, menilai dari setiap sudut yang aku mampu lihat, dengar dan rasa. Setelah sekian lama mengumpulkan ilmu dan pengalaman. Aku tidak pernah kekal sama. Sudah tentu kerana setiap masa dan hari aku terdedah kepada perkara-perkara baru. Aku kemaskini semuanya.
Hati :Ya, aku yang mengarahkan semua anggota-anggota lain bertindak dan berkelakuan semahunya tetapi ada satu unsur lain yang mempengaruhiku. Kadang-kadang aku sendiri lemah untuk melawannya. Apbila manusia sebut 'masuk akal', itulah kesan dariku. Tetapi apabila 'tidak masuk akal' yang dilakukan walaupun sudah tahu itu salah atau mustahil, aku tiada kuasa menghalang. Dia lebih menguasai keadaan ketika itu. Dia adalah hati. Dia adalah emosi.
Aku dan perasaan tidak tahu mengapa aku sering dipersalahkan. Ikut hati, mati atau menunjuk perasaan, mogok, piket, marah, dendam kesumat. Bukankah aku juga memberi rasa kasihan, rasa simpati, rasa cinta, rasa kasih dan sayang?
Duit:
Aku dicipta untuk satu tujuan. Aku dijana dengan satu nilai. Aku diguna untuk apa-apa yang nilai aku boleh ditukarkan. Aku boleh jadi hitam atau putih di tangan pemilikku. Pemilikku bertukar-tukar dari semasa ke semasa. Sukar untuk aku kekal pada satu tempat yang sama setiap masa. Aku bekerja untuk manusia tetapi kadang-kadang aku pelik melihat manusia itu sendiri menghambakan diri mereka untukku. Aku tiada kuasa tetapi kadang-kadang aku memberi kuasa. Aku hanya hamba tetapi kadang-kadang aku boleh menjadi tuan.
Aku boleh buat orang gembira dan mungkin juga hiba. Keranaku juga manusia sering berubah-ubah sifat, kelakuan atau peribadi. Mereka boleh jadi marah, bergaduh, bertengkar, semua keranaku. Mereka boleh jadi pencuri, pencopet dan juga pembunuh demi keranaku. Ya, ada yang menggunakan ku untuk kebaikan, menolong orang lain, memperbaiki kehidupan.
Tetapi sering sahaja aku dijadikan punca segala kejahatan sedangkan aku tiada kuasa secara langsung untuk tujuan-tujuan itu. Tetapi jikalau kebaikan-kebaikan pula, tangan-tangan yang memberi mendapat nama. Aku tidak mahu nama, aku sudah ada namaku sendiri. Salahkah aku kerana menjadi rebutan manusia?

Thursday, August 25, 2011

Sahabat


"Persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran,

bertunjangkan kasih sayang,

lalu membuahkan ikatan.

Jika terpesong maka patahlah ranting,

reputlah akar lalu rosaklah buah.

Teman sejati bukanlah dekat bicaranya,

tapi,

yg sentiasa di hati dan

diingati dalam setiap bisikan doanya "





p/s: tetiba je. haha =D