Wednesday, December 29, 2010

Melayu tetap Melayu

Apa yg penulis coretkan kali ini, sememangnya di perhatikan dgn mata penulis sendiri,
penulis rasa patut juga penulis ceritakan kepada semua..
sebagai ingatan dan renungan kita bersama.. =)
ye lah, sebagai manusia kita seringkali alpa dan lalai..
dan sudah menjadi tugas manusia juga untuk saling ingat-mengingati..
penulis sempat pulang ke kampung dan berbual-bual bersama saudara mara,
memang meriah, semasa cuti sekolah sebeginilah peluang untuk mengeratkan hubungan..
yg jauh kita dekat-dekatkan, yg dekat kita rapat-rapatkan, yg rapat kita mesra-mesrakan.. =p






pemandangan di kampung penulis..


sebenarnya apa yg penulis ingin kongsikan kali ini mungkin seringkali
berlaku di mana-mana sahaja,
dan mungkin ramai yg rasakan ceritanya biasa sahaja..
tapi bagi penulis terkandung seribu satu makna,
cukup mudah ceritanya, penulis lihat ramai juga anak-anak muda kini
atau dalam erti kata "anak bandar" yg tidak mengenal adat dan budaya hidup di kampung..
bukan bertujuan untuk memperlekehkan sesiapa cumanya rasa sedikit terkilan..
rasanya adat dan budaya timur org Melayu yg terkenal dgn kesopanan dan budi bahasanya
semakin terhakis dek kemajuan kini,
penulis juga bukanlah seorang yg bersifat 100 peratus ketimuran..
tapi penulis fikir sekurang-kurangnya harus juga wujud sifat itu di dalam diri kita walaupun
hanya sedikit..
bukannya apa, sedap mata "orang-orang tua memandang"..
bercakap dgn yg lebih tua pun kena pandai juga menjaga tutur kata
dan hati mereka..
tapi yg terjadi di depan mata penulis sebaliknya pula..
penulis dapat melihat perubahan wajah pada seseorang yg penulis kenali 
apabila di katakan kekampungan oleh "anak bandar" tadi..
rasanya tidak salah kalau kekampungan pun jika pandai menjaga adab,
bagi penulis "anak bandar" itu yg seharusnya belajar "adab hidup"..
agar lebih menghormati orang lain,
kemajuan itu tidak harus di persalahkan, namun proses kehidupan itu harus lebih di pelajari..

p/s: belajar dan terus belajar.. =p

No comments:

Post a Comment