Thursday, December 23, 2010

Elok dah tu...cuma, kalau boleh...

Sibuk dgn persatuan tak kira tempat, negeri dan negara. elok dah tu...cuma,kalau boleh..kita bersatu, jgn berpecah belah dan jgn bermasam muka


Pemalu sangat, elok dah tu..cuma,kalau boleh..biarlah bertempat jangan sampai tak faham pelajaran pun malu nak tanya, malu bertanya sesat jalan


Rajin sangat menelaah pelajaran, elok dah tu..cuma, kalau boleh...bantulah rakan-rakan yang kurang sikit ni, jangan nak berjaya sorang-sorang, kan kita ni serba kekurangan


Hidup tak kacau orang lain, elok dah tu...cuma,kalau boleh..jangan sampai tak bercampur dgn orang lain, kita ni kan hidup bermasyarakat mati nanti siapa yg nak uruskan,masyarakat jugak.


Cukup aktif bersukan, elok dah tu..untuk kesihatan dan kecerdasan, cuma,kalu boleh...jangan sampai abaikan tanggungjawab kepada Tuhan, kelak siapa yg nak jawab kat Padang Masyar.


Begitu berjimat dalam perbelanjaan dan pandai menyimpan, elok dah tu...cuma, kalau boleh..hulur-hulurkanlah sedekah kepada yg perlu, tak ke mana ruginya janganlah kedekut sangat.


Kita ni memang rajin bercakap, elok dah tu...cuma, kalu boleh... kurangkanlah yg tak berfaedah tu,umpat-mengumpat jgn lagi di ulangi.




sebenarnya banyak lagi yg boleh penulis coretkan, tetapi cukuplah sekadar ini sahaja agar menjadi renungan kita bersama.. =)
mungkin ramai yg ingatkan bahawa setiap perkara yg di lakukan sudah cukup bagus, tapi alangkah lagi bagus nya jika kita melakukan perkara yg lagi bagus..
teringat penulis kepada seorang senior dalam team bahas di sekolah penulis,
bagi penulis, senior penulis ini memang unik dan sukar untuk di cari, satu dalam seribu lah katakan,
kerana pemikiran senior penulis ini memang cukup di kagumi bagi sesiapa yg mengenali diri nya..
malah penulis kira, setiap nasihat dan kata-kata yg keluar dari mulutnya cukup di ingati oleh penulis dan rakan-rakan sehingga kini,
walaupun senior penulis ini sudah meninggalkan sekolah..
senior penulis pernah berkata, sepatutnya kita melakukan perubahan dari yg kurang baik kpd yg baik,
dan dari yg baik kpd yg lebih baik !
dan sememangnya penulis ingat sehingga kini..


p/s : What we see depends mainly on what we look for

No comments:

Post a Comment