Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Harimau Muda !

 












Tahniah pemain negara !





Safee Sali penjaring gol terbanyak.




Amirul Hadi pemain kesukaan penulis. =p





Khairul Fahmi penjaga gol Malaysia !


post kali ini khas untuk berceritakan tentang skuad Harimau Muda sebab berjaya
memenangi piala AFF Suzuki,
selama 14 tahun Malaysia menanti kejuaraan ini dan tahun 2010 berjaya jugak untuk kita
memenangi nya,
penulis kira skuad Harimau Muda dan skuad Garuda mempunyai kekuatan masing-masing,
hehe
penulis bukannya ingin mengkritik permainan mana-mana pihak kerana penulis bukanlah
seorang yg arif dalam arena bola sepak,
hehe   =p
apa yg penulis ingin sampaikan ialah semangat yg di tonjol kan oleh peminat-peminat
fanatik bola sepak di Indonesia,
rasanya lebih enak kalau penulis ceritakan yg baik-baik sahaja berbanding cerita yg kurang elok
untuk di perkatakan,
buang yg keruh ambil yg jernih,
penulis sempat juga membaca artikel tentang wartawan yg membuat liputan di sana,
katanya walaupun permainan hampir tamat namun para penyokong tidak putus untuk memberi
semangat kepada pasukan negara mereka,
itu yg cukup menarik untuk kita ambil sebagai iktibar,
rasanya kalau di sini, apabila melihat pasukan negara hampir kecundang sudah pasti segelintir
penyokong akan keluar dari stadium,
penulis tidak maksudkan kesemuanya tetapi segelintir sahaja.. =)
dan yg lebih menarik juga tiada sebarang kontroversi berlaku di atas padang,
sememangnya semangat kesukanan itu yg sepatut di tonjolkan oleh kita sebagai rakyat Malaysia.


p/s: Malaysia Boleh !

Salah siapa ?

Sempat juga penulis pergi ke Jitra,
bukan apa, tujuannya hendak membeli sedikit lagi barang-barang yg patut
untuk keperluan penulis ke sekolah,
sempat juga lah penulis menyaksikan peristiwa ini di hadapan mata penulis sendiri,
hehe =)

semasa penulis masuk ke sebuah kedai pakaian, penulis pun tinjau-tinjau lah
apa lagi barang yg hendak di beli,
setelah penulis mengambil barang-barang yg hendak di beli,
penulis pun membawa barang tersebut ke kaunter bayaran,
"cashier" tersebut merupakan seorang anak gadis yg berbangsa Cina,
tiba-tiba datang seorang pak cik yg berbangsa Melayu,
penulis gelarkan pak cik kerana rasanya usia lebih kurang 50 an..
pak cik tersebut pun bertanya kepada "cashier" tadi,

"saya beli barang kat kedai u, tak dapat kalendar free ar?"
"cashier" tadi menjawab,
"oo ada..nahh.(sambil memberi kalendar kpd pak cik tersebut)
"aiyaa, kalendar kecik ini saja ka? xdak yg besar lagi ka?
"xdak la uncle,kecik saja yg ada" jawab "cashier"
"lain kali, bagi la yg besar sedikit" balas pak cik itu.
muka "cashier" tu penulis lihat sedikit berubah.
pak cik itu berkata lagi,
"orang tanya dia buat muka pulak"
"cashier" tadi pun berkata,
"sudah la mintak kat orang, lepas tu mahu marah-marah lagi..aiyaaa"


penulis hanya tersenyum kambing kepada "cashier" berbangsa Cina tu.. =)
malu la pulak,
bukan apa,pak cik tadi mungkin terlebih emosi..
penulis pun terfikir, agaknya siapa yg salah ya,
pak cik tu ataupun "cashier" ? hehe
mungkin salah pak cik tu sebab banyak "songeh" ataupun
salah "cashier" tu kerana buat muka..hehe


p/s: renung-renungkan =p

Melayu tetap Melayu

Apa yg penulis coretkan kali ini, sememangnya di perhatikan dgn mata penulis sendiri,
penulis rasa patut juga penulis ceritakan kepada semua..
sebagai ingatan dan renungan kita bersama.. =)
ye lah, sebagai manusia kita seringkali alpa dan lalai..
dan sudah menjadi tugas manusia juga untuk saling ingat-mengingati..
penulis sempat pulang ke kampung dan berbual-bual bersama saudara mara,
memang meriah, semasa cuti sekolah sebeginilah peluang untuk mengeratkan hubungan..
yg jauh kita dekat-dekatkan, yg dekat kita rapat-rapatkan, yg rapat kita mesra-mesrakan.. =p






pemandangan di kampung penulis..


sebenarnya apa yg penulis ingin kongsikan kali ini mungkin seringkali
berlaku di mana-mana sahaja,
dan mungkin ramai yg rasakan ceritanya biasa sahaja..
tapi bagi penulis terkandung seribu satu makna,
cukup mudah ceritanya, penulis lihat ramai juga anak-anak muda kini
atau dalam erti kata "anak bandar" yg tidak mengenal adat dan budaya hidup di kampung..
bukan bertujuan untuk memperlekehkan sesiapa cumanya rasa sedikit terkilan..
rasanya adat dan budaya timur org Melayu yg terkenal dgn kesopanan dan budi bahasanya
semakin terhakis dek kemajuan kini,
penulis juga bukanlah seorang yg bersifat 100 peratus ketimuran..
tapi penulis fikir sekurang-kurangnya harus juga wujud sifat itu di dalam diri kita walaupun
hanya sedikit..
bukannya apa, sedap mata "orang-orang tua memandang"..
bercakap dgn yg lebih tua pun kena pandai juga menjaga tutur kata
dan hati mereka..
tapi yg terjadi di depan mata penulis sebaliknya pula..
penulis dapat melihat perubahan wajah pada seseorang yg penulis kenali 
apabila di katakan kekampungan oleh "anak bandar" tadi..
rasanya tidak salah kalau kekampungan pun jika pandai menjaga adab,
bagi penulis "anak bandar" itu yg seharusnya belajar "adab hidup"..
agar lebih menghormati orang lain,
kemajuan itu tidak harus di persalahkan, namun proses kehidupan itu harus lebih di pelajari..

p/s: belajar dan terus belajar.. =p

Monday, December 27, 2010

Memang berbeza

Penulis bukanlah seorang pengkritik filem mahupun apa-apa,
cumanya penulis ingin berkongsi kan pengalaman penulis baru-baru ini,
semasa cuti ini, sempat jugalah penulis meluangkan masa menonton filem terbaru..
antaranya Narnia dan Tron Legacy..












penulis rasa kedua-dua filem ini memang filem yg berbeza di Malaysia khususnya..
mungkin di negara-negara Barat yg lain peminat filem sudah biasa dgn cerita-cerita sebegini,
tetapi penulis rasa di Malaysia masih belum ada pembikin filem yg melahirkan filem yg kreatif begini,
oppss ! jgn salah faham..
penulis bukannya seorang yg tidak menyokong perfileman negara mahupun memboikot filem-filem
negara kita,
cumanya penulis masih tertunggu-tunggu filem-filem yg sebegini kreatif di negara kita..
itu sahaja..
kerana jalan cerita yg di paparkan begitu menarik perhatian penulis untuk menontonnya..
penulis rasa pembikin filem kita pun sudah pasti mempunyai daya kreativiti yg tersendiri,
cumanya masih mampu untuk meningkatkan seni kekreatifan itu..
jika bercakap tentang mesej yg di tonjolkan,
penulis percaya setiap filem itu mempunyai mesejnya yg tersendiri untuk di sampaikan kepada
penonton-penonton..
itu sememang nya penulis pasti,
tapi, entahlah jika membikin filem hanya untuk meraih keuntungan semata-mata..
rasanya kurang enak untuk di perkatakan..
apa pun mungkin juga negara kita belum melahirkan filem-filem sebegini kerana adanya kekangan,
ye lah, mungkin juga kos yg di perlukan amat tinggi untuk filem-filem menarik sebegini,
itu memang tidak dapat di elakkan,
jika di banding, bagaikan langit dgn bumi..
mereka mungkin sudahpun berlari sedangkan kita masih merangkak dalam industri ini,
namun, jika kita mempunyai daya kreativiti sebegitu pun,
penulis rasa sudah cukup untuk kita kagumi.. =)

p/s : menyokong industri perfileman negara

Sunday, December 26, 2010

Sejauh mana ?

Huh ! memang penat hari ni penulis rasa..
sempat juga tadi penulis meluangkan masa ke Alor Star bersama sepupu
dan rakan-rakan tersayang =)
niat di hati, penulis hendak mencari sedikit bahan ilmiah.. =p
almaklumlah, cuti pun tinggal beberapa hari je lagi,
sebagai persediaan tahun hadapan, bukulah jadi sasarannya.. hehe
















buku oh buku..hehe


seperti biasa lah, sambil penulis berjalan-jalan sekitar Alor Star tadi sempat juga penulis
memerhati keadaan sekeliling..
banyak orang memang banyak ragam !
rakan-rakan pun sibuk bercerita hal masing-masing..
biasalah sepanjang cuti tidak berjumpa, banyaklah ceritanya ! =p
hah, berbalik kepada yg ingin penulis ceritakan..
melihatkan kepada kesungguhan rakan-rakan penulis semasa membeli bahan ilmiah
tadi, memang berkobar-kobar semangat penulis untuk menempuh tahun hadapan,
tapi biasalah,alam persekolahan belum bermula..
tak dapat penulis bayangkan apabila berada di asrama dan sekolah nanti,
rasanya pasti penulis mempunyai pelbagai alasan untuk mengelak "berdating" dgn buku-buku tadi,
penatlah, tak cukup masa lah, latihan rumah sukan lah, tido lah, makan lah, rilek lah,
Huhh !! macam-macam alasan nampaknya..
sejauh mana agak nya kan penulis mampu menghadapi semua ni..hmmm
penulis kira tekad sahaja belum cukup kalau tidak di susuli dgn tindakan..
pada fikiran penulis, rakan-rakan yg lain pun sudah pasti memikirkan "plan" untuk
tahun hadapan,
tinggal untuk di laksanakan sahajalah..
harapnya, segala yg di rancang penulis dan rakan-rakan bukan sekadar hangat-hangat
tahi ayam..hehe
semoga berjaya ! =)


p/s: " Education's purpose is to replace an empty mind with an open eye "

Friday, December 24, 2010

Belajar daripada....





Hurmmm...
penulis rasa sepanjang cuti ni penulis banyak menghabiskan masa
di rumah sahaja...
berbanding pada cuti-cuti yang lepas sempat jugalah penulis berjalan-jalan
untuk menimba pengalaman...
bukan apa, sepanjang cuti ni penulis terpaksa menghadiri tusyen
di Jitra..
sebagai persediaan untuk tahun hadapan lah katakan..
rupa-rupanya, ada juga rakan-rakan penulis yg turut mengikuti tusyen di situ !
pada awalnya, penulis rasa memang rugi lah kerana penulis tidak dapat berseronok untuk
berjalan-jalan pada cuti kali ini..
kerana penulis memang suka melihat suasana alam ni..
tiba-tiba penulis teringatkan kata-kata ini,

"Alam ini adalah maha karya Tuhan, yg sentiasa berbicara dgn manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya. Hakikatnya, alam ini adalah sekolah insan ! "

penulis kira,kata-kata ini memberitahu kita bahawa kita sebagai manusia memang dapat mempelajari
sesuatu daripada alam ini..
berbalik kepada cerita penulis,
rupa-rupanya sangkaan penulis memang silap !
sepanjang penulis menghadiri tusyen ini pun, penulis dapat mempelajari sesuatu !
bukan nya perlu ke tempat orang sahaja malah di tempat sendiri pun kita dapat mempelajari sesuatu..
mungkin perjalanan dari rumah penulis ke tempat tusyen hanya memakan masa
lebih kurang 15 minit...
apa lah sangat yg boleh penulis pelajari..
tapi ternyata penulis mendapat sesuatu sepanjang pemerhatian penulis..
mungkin cerita yang berlaku adalah fenomena biasa sahaja
tapi kerana ianya selalu berlakulah kita endah tidak endah sahaja..
apabila penulis memikirkan kembali, ada juga pengajaran yg boleh penulis dapati daripada
fenomena biasa ini.. =)
bukan apa, walaupun Jitra bukanlah bandar yg besar seperti Kuala Lumpur,
tapi kesesakan lalu lintas pun turut berlaku..penulis kira di tempat-tempat lain juga begitu kan?
kalau ada kenderaan yg terlambat sedikit sahaja untuk bergerak sudah pasti hon kereta
akan di bunyikan..
setiap hari penulis dapat mendengar bunyi hon kereta di bandar Jitra..
orang-orang yang bekerja memang mementingkan ketepatan masa
untuk melakukan urusan harian mereka..
bagi mereka, setiap saat yang berlalu itu memang penting..
itulah yg penulis cukup kagum sekali..
ketepatan masa !
di sekolah, bukannya tidak di ajar untuk mementingkan masa..
tetapi penulis lihat ramai rakan-rakan penulis termasuklah diri penulis sendiri lebih banyak
mencuri dan membuang masa..
mungkin bagi penulis dan rakan-rakan tiada apa yg penting sangat untuk di selesaikan..
penulis rasa tanggapan ini seharusnya di jauhi..
penulis percaya suatu hari nanti ketepatan masa memang akan menjadi sesuatu yg penting
buat penulis dan rakan-rakan penulis juga..
bukankah lebih baik jika kita berubah mulai sekarang?
rasanya ia sudah pasti memberi manfaat kepada kita semua..
tidaklah asyik membazir masa dan yg penting kerja pun dapat di selesaikan dan tidaklah asyik
tertangguh sahaja.. =)

p/s: penulis memang suka dgn Donald Trump !


" If you are going to be thinking, you may as well think big "

Frenz !



Penulis dan rakan-rakan semasa hari terakhir persekolahan.. =)




Di library baru ! waaa..memang best sebab lebih besar ! hehe




Rakan-rakan sekelas yg memang happening ! =)








Penulis dan rakan-rakan sewaktu program jati diri..mendaki Gunung Jerai !




Hehehe.. =)




Sempat lagi tuh..hehe






p/s: post kali ini sengaja penulis sertakan gambar penulis dan rakan-rakan. bukan apa, teringat pulak kenangan ketika bersama-sama..hehe
rakan-rakan penulis memang banyak ragam dan karenah..hehe
tapi memang sukar untuk di cari ganti !
kawan ketawa senang di cari, kawan menangis sukar di temui... =)

Thursday, December 23, 2010

Cuba untuk Berubah




Ya Allah Ya Ghaffar
ampunkanlah daku
sesungguhnya hambaMu ini tidak pernah terlepas dari melakukan dosa
sering lalai dan leka
dengan muslihat duniawi yang tidak ke mana



 

Elok dah tu...cuma, kalau boleh...

Sibuk dgn persatuan tak kira tempat, negeri dan negara. elok dah tu...cuma,kalau boleh..kita bersatu, jgn berpecah belah dan jgn bermasam muka


Pemalu sangat, elok dah tu..cuma,kalau boleh..biarlah bertempat jangan sampai tak faham pelajaran pun malu nak tanya, malu bertanya sesat jalan


Rajin sangat menelaah pelajaran, elok dah tu..cuma, kalau boleh...bantulah rakan-rakan yang kurang sikit ni, jangan nak berjaya sorang-sorang, kan kita ni serba kekurangan


Hidup tak kacau orang lain, elok dah tu...cuma,kalau boleh..jangan sampai tak bercampur dgn orang lain, kita ni kan hidup bermasyarakat mati nanti siapa yg nak uruskan,masyarakat jugak.


Cukup aktif bersukan, elok dah tu..untuk kesihatan dan kecerdasan, cuma,kalu boleh...jangan sampai abaikan tanggungjawab kepada Tuhan, kelak siapa yg nak jawab kat Padang Masyar.


Begitu berjimat dalam perbelanjaan dan pandai menyimpan, elok dah tu...cuma, kalau boleh..hulur-hulurkanlah sedekah kepada yg perlu, tak ke mana ruginya janganlah kedekut sangat.


Kita ni memang rajin bercakap, elok dah tu...cuma, kalu boleh... kurangkanlah yg tak berfaedah tu,umpat-mengumpat jgn lagi di ulangi.




sebenarnya banyak lagi yg boleh penulis coretkan, tetapi cukuplah sekadar ini sahaja agar menjadi renungan kita bersama.. =)
mungkin ramai yg ingatkan bahawa setiap perkara yg di lakukan sudah cukup bagus, tapi alangkah lagi bagus nya jika kita melakukan perkara yg lagi bagus..
teringat penulis kepada seorang senior dalam team bahas di sekolah penulis,
bagi penulis, senior penulis ini memang unik dan sukar untuk di cari, satu dalam seribu lah katakan,
kerana pemikiran senior penulis ini memang cukup di kagumi bagi sesiapa yg mengenali diri nya..
malah penulis kira, setiap nasihat dan kata-kata yg keluar dari mulutnya cukup di ingati oleh penulis dan rakan-rakan sehingga kini,
walaupun senior penulis ini sudah meninggalkan sekolah..
senior penulis pernah berkata, sepatutnya kita melakukan perubahan dari yg kurang baik kpd yg baik,
dan dari yg baik kpd yg lebih baik !
dan sememangnya penulis ingat sehingga kini..


p/s : What we see depends mainly on what we look for

Sungguh bersungguh-sungguh !

Cerita yang penulis ingin kongsikan kali ini adalah mengenai rakan penulis..
terdetik di hati penulis untuk bercerita mengenai rakan penulis ini memandangkan tahun 2011 bakal muncul apabila 2010 akan melabuhkan tirainya lebih kurang seminggu je lagi..huhu
penulis kira calon-calon SPM 2011 sudah pasti membuat perancangan dengan rapi untuk menghadapinya pada tahun hadapan..

hah, berbalik kepada apa yang ingin penulis ceritakan..
penulis namakan rakan penulis ini Mr.Z sajalah..=)
penulis kira Mr.Z ini bukanlah seorang yang terlalu pandai ataupun"top student" lah katakan di sekolah penulis..
kiranya seorang pelajar yg sederhana sahaja..
berbanding dengan seorang lagi rakan penulis yang sememangnya "top student" di sekolah iaitu Ms.N,
walaupun Ms.N ini selalu je tido dalam kelas..hehe

namun apa yg penulis ingin sampaikan ialah sikap Mr.Z ni sangatlah bagus kerana tak pernah merungut mahupun berputus asa..
bukannya apa, Mr.Z dan Ms.N ini merupakan pelajar sekelas..
sewaktu cikgu mengajar, Ms.N tido dalam kelas tapi Mr.Z tak tido,
time Ms.N bersembang dgn rakan-rakannya, Mr.Z membuat latihan,
penulis kira Mr.Z ini sangatlah rajin..

namun setiap kali keputusan peperiksaan, Ms.N pasti dapat result yg lebih elok berbanding Mr.Z,
apa yg penulis hairankan Mr.Z tidak pernah rasa malas untuk terus berusaha..
itulah yg sebenarnya penulis begitu kagum dgn kesungguhannya,
pernah penulis menanyakan Mr.Z tentang hal ini,
dan Mr.Z menjawab,kegagalan yg di alami itulah yg sebenarnya membuatkan dia untuk lebih terus berusaha
sebenarnya..
penulis pun terfikir bahawa Mr.Z ini begitu bersungguh-sungguh untuk berusaha..
terlintas di fikiran penulis waktu itu, lagu Fikirkan Boleh !

" Jika kau fikirkan kekalahan,
  kau hampiri kegagalan,
  Jika kau fikirkan kemenangan
  kau hampiri kejayaan"

penulis rasa lirik lagu di atas sesuai benar dgn rakan penulis, Mr.Z yg begitu bersungguh-sungguh !
apa yg penulis dapat simpulkan ialah,walaupun kita gagal dalam sesuatu perkara namun jika kita teruskan berusaha sudah pasti dapat mencapai nya,,
penulis percaya rakan penulis ini pasti dapat mencapai kejayaan dalam hidupnya suatu hari nanti..
balasan untuk orang yg berusaha sudah pasti akan tiba !

p/s: Kejayaan dan kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha !

Tanda Cinta Allah kepada Hamba

Penulis sebenarnya ingin berkongsi sedikit cerita kpd semua. Mengenai diri penulis sendiri. penulis sendiri bukanlah seorang yg baik mahupun alim.^_^
cuma, apabila penulis sedang membelek majalah SOLUSI dan terpandangkan tajuk di hadapannya membuatkan penulis terfikir seketika.
apa salahnya penulis berkongsi sedikit cerita yg penulis dapat dari majalah tersebut kpd semua..kan?
ianya cumalah sebuah hadis yg pendek sahaja, namun cukup memberi makna kpd diri penulis dan mampu membuatkan penulis berfikir sejenak..


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :


" Jika Allah mencintai seorang hamba,maka Dia memanggil Jibrail, "Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia." Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit,"Sesungguhnya Allah mencintai si polan,maka cintailah ia". Maka penduduk langit mencintainya,kemudian ia mendapat perhatian di dunia."


(Riwayat al-Bukhari no 3037)


Apa yg penulis ingin kongsikan ialah betapa hebatnya cinta Maha Pencipta kpd hambanya..
tapi,
bagaimana dgn cinta kita terhadap-Nya??
penulis kira, masing-masing pasti tahu sedalam mana cinta kita kepada Nya..
tepuk dada tanyalah selera..
seperti yg penulis nyatakan tadi,penulis bukanlah seorang yg sempurna,,
namun apabila di fikirkan membuatkan penulis sedar bahawa penulis masih
melakukan kekhilafan terhadap-Nya..
penulis harap, kita dapat memikirkan sebentar sejauh mana keimanan kita terhadap Pencipta
sedangkan cinta Allah kepada hambanya terlalu besar.. =)


p/s : Mukmin itu, diamnya fikir, cakapnya zikir..

Sahabat akhirnya kau pergi jua..

Sahabat,
ku hamparkan coretan ini,
buat tatapan nostalgia,
dalam dakapan tinta,
putih dan suci.
pertama kali bersua,
ku rasakan begitu canggung,
namun begitu..
bagaikan diruntun-runtun,
diri ini terus menghampiti,
mengungkap nilai persahabatan sejati.

segala onak dan duri,
kita harungi bersama,
tawa dan nangis,
kita lingkari jua,
tapi..
apakan daya,
takdir penentu segalanya,
jendela perpisahan terbit jua,
manik-manik jernih meneemani langkahmu,
menggamit impian dan cita-cita.
mengertilah sahabat...
di tabir sebuah perpisahan,
tersemat seribu hikmah,
payah untuk diungkaikan,
hanya Dia Maha Mengetahui.

sesungguhnya sahabat..
anggaplah perpisahan ini,
perjuangan tulus dan murni,
bagi setiap insan,
di dunia fana,
da penuh pancaroba.
detik-detik sejenak bersamamu..
kukuh terpahat di sanubari,
doa dan harapanku,
moga kita bersua kembali,
mengimbau memori silam


p/s: sebenarnya post kali ini penulis tujukan khas buat rakan-rakan penulis =)
      almaklumlah, sudah sebulan lebih penulis tidak bertemu dgn rakan2..
      tiba2 ja teringatkan mereka..penulis harap persahabatan yg terjalin ini akan kekal buat selamanya..


seperti biasa,penulis petik kata-kata ini buat renungan kita bersama,

" You can't just sit there and wait for people to give you that golden dream. You have to get out there and make it happen for yourself "

Wednesday, December 22, 2010

BLOG ?

Haaa !! akhirnya termakbul juga hajat penulis untuk mempunyai blog sendiri.. ^_^
sebelum ini seringkali juga penulis terdengar mengenai blog.. niat di hati memang untuk memiliki blog sendiri, tapi tak kesempatan. cuma,akhir2 ni je keinginan hati penulis semakin membuak-buak untuk membuat blog,, hehe. sememangnya sebelum2 ini penulis selalu melawati blog rakan-rakan. tambahan, seorang kenalan penulis mempunyai blog yg cukup hebat dan  pandangan yg bagus yg membuatkan penulis ingin mengikut jejak langkahnya,,haha. biarlah penulis merahsiakan namanya dan di kenali sebagai Mr.Rabbit je laa...^_^
lgpun, teringin juga penulis untuk menguji sehebat mana kehebatan penulis dalam bidang penulisan ni,,hehe
wlaupun sedikit terlambat, namun penulis akan cuba untuk meng"update" blog penulis ni,,

Kepada yg di luar sana yg masih tertanya-tanya apa itu blog, di sini penulis sertakan sedikit info,,


Blog adalah satu medium seperti web yg berbentuk seperti "journal style" dan di paparkan secara kronologikal. kronologikal pula bermaksud disusun mengikut masa terdahulu sehingga kini.
kebanyakkan blog terdiri daripada beberapa subjek yg khusus seperti makanan, politik, fesyen, hiburan, berita hangat dan sebagainya.
selain itu, ada juga yg gemar menggunakn blog untuk menulis diari secara online.

di antara ciri2 blog ialah :
1- mempunyai teks
2- mempunyai gambar
3- mempunyai link ke blog2 lain,web page dan sebagainya

kelebihan atau tarikan blog berbanding web page biasa ialah pelawat dapat meninggalkan komen atau pendapat mereka bagi setiap post. secara tidak langsung ini akan menjadi tarikan bagi seseorg pelawat untuk kembali ke blog itu,, =)

haaa,, sebelum penulis kembali untuk mencoret blog ni, penulis sertakan kata2 yg cukup menarik untuk kita fikir-fikirkan,,buat diri penulis sendiri dan juga pembaca di luar sana,, =)

" We are human. Which human does not commit any mistake? Give us a chance, only with cooperation among ourselves, we can be a better leader "