Wednesday, March 2, 2011

Rendahkanlah dirimu sepertimana dalamnya lautan..

Assalamualaikum Bismillahirahmanirahim
Kadang-kadang kita lupa, dalam mencari kebenaran dan berdakwah ke jalan Allah, kita selalu meminggirkan orang lain, dalam usaha kita berdakwah kepada orang lain, dengan niat untuk membawa mereka ke jalan Allah, kita selalu menganggap kita yang terbaik walhal kita semua sama sahaja, yang membezakan diri kita dan orang lain hanyalah iman, ilmu dan ketakwaan kita.
 


Ya Allah, kurniakanlah kepada kami taufik dah hidayat-Mu.Ameen.
 
Siapa kita untuk mengukur keimanan dan ketakwaaan orang lain? Sedangkan iman di hati sendiri belum ada alat pengukurnya, sedangkan iman di hati kita bukannya seperti iman para sahabat, iman mereka tinggi ketika bersama Rasullullullah, rendah ketika jauh dari Baginda..tapi kita?bukan naik turun, KELUAR MASUK..Masya-Allah..siang kita beriman, malam kita kufur, malam kita beriman, siang kita kufur..Nauzubillah. 
 
"Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.(Imam Abu Hanifah)
..dari percakapan seorang daripada 4 orang Imam besar,jelaslah mengatakan bahawa Allah tidak memandang kepada pakaian seseorang itu,tapi Allah menilai dirinya berdasarkan Ilmu dan Ketakwaan seseorang. Bukan maksud penulis mengatakan bahawa seseorang itu bebas untuk berpakaian tanpa perlu mengikut landasan Islam sambil mendabik dada mengatakan aku sudah berilmu, jangan menilai dari pakaian aku.Tidak, silap sebenarnya. Kenapa Allah memberi kemulian kepada orang yang berilmu dan bertakwa? Kerana bila ilmu di minda dan takwa di hati..sesungguhnya ilmu itu sebagai petunjuk dan takwa itu sebagai penghalang dari diri kita untuk melakukan Maksiat..Ilmu mengatakan.."Untuk Menilai seseorang,tengok dari segi pakaiannya"..Takwa pula menghalang diri dari berpakaian yang dilarang oleh Islam..yang tentunya jauh terpesong dan mendedahkan aurat. Dalam kita berdakwah, tidak kira tempat atau masanya,perlulah kita ingat rendahkanlah diri kita seperti dalamnya lautan dan iman kita seperti berharganya mutiara di dasarnya. Disini ingin penulis senaraikan 5 amalan atau tips-tips untuk kita menjadi seorang yang zuhud dan dikasihi ramai dalam berdakwah. Pesan Imam Hanafi :
  1. Hormat,sayang dan anggap kanak-kanak lebih mulia dari diri kita kerana mereka belum berdosa dan sesungguhnya mereka lebih suci dari kita
  2. Hormat kepada orang yang lebih tua dari kita kerana sesungguhnya mereka lebih dahulu dari kita dalam melakukan ibadah dan beramal
  3. Menyanjungi orang alim dan ulama kerana sesungguhnya ilmu mereka lebih tinggi dari kita,belajarlah dari mereka
  4. Malu kepada orang jahil dan kafir kerana sesungguhnya mereka melakukan kesalahan dan maksiat tanpa mengetahui dosanya,sedangkan kita melakukan kesalahan walhal kita tahu akan azabnya
  5. Jangan anggap orang yang berdosa lebih jahat dari kita kerana sesungguhnya hidayah milik Allah dan bila-bila masa sahaja Allah akan berikan hidayah kepadanya dan menarik hidayah kita.Mungkin suatu hari nanti dirinya akan lebih mulia disisi Allah daripada kita yg mencercarnya dulu(Nauzubillah)

p/s: Yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan

No comments:

Post a Comment