Thursday, March 31, 2011

Put Yourself In Other's Shoes




Secara ringkas.
Sebelum itu, maaflah kerana judul di atas Bahasa Inggeris.
Bukan apa, senang untuk di fahami.
Penulis tetap sayangkan bahasa ibunda. hehe =D
Seringkali penulis perhatikan dan juga di ceritakan.
Mungkin kita seringkali merungut tentang sesuatu perkara yg kita kurang senang.
Namun, kita tidak pernah meletakkan diri di dalam situasi terbabit.
Cuma yg kita tahu, hanya meluahkan rasa.
Rasanya kita harus berfikir sejenak di pihak orang lain dan cuba mengalami keadaan terbabit
barulah mengetahui apa sebenarnya yg terjadi.
Faham? Sebagai contoh cerita di bawah.


Seorang lelaki dari New York diajak untuk menghadiri satu majlis makan-makan oleh rakan Koreanya sempena satu majlis. Pabila dihidangkan dengan makanan yang pelbagai, bermangkuk-mangkuk dan berpinggan-pinggan, sehingga dia tidak tahu apa yang perlu dimakan dahulu, bahkan tanpa mengetahui apakah jenis makanan itu, ia hanya meminum air dan meminta diri untuk pulang. Setelah pulang, ia mengkhabarkan dan merungut kepada rakan-rakan yang lain bahawa makanan Korea langsung tidak sedap, tidak berkhasiat dan sangat celaru serta menyusahkan!


Jika diperhatikan, apakah kesilapan terbesar lelaki New York tersebut?...


Ya, ia tidak mahu menjadi dan meletakkan dirinya dalam masyarakat Korea itu, tanpa menyiasat dan bertanya, ia terus menghukum, sedangkan ia langsung tidak mengetahui bagaimana dan apakah keadaan yang sebenarnya.


Jika ia sudi meletakkan dan menyesuaikan dirinya dengan masyarakat Korea, maka ia akan mengetahui bahawa makanan-makanan itu tidaklah secelaru sebagaimana ia fikirkan, ia mempunyai peraturan dan cara makan yang tersendiri. Bahkan makanan Korea telah diakui secara saintifiknya ia adalah antara makanan kesihatan yang terbaik di dunia. Selain bahan bahannya, ia menitik beratkan seni penyediaan, prinsip asas iaitu lima warna, merah, hijau, kuning, putih dan hitam menjadi perkara yang perlu ada bagi setiap hidangan. Jika ia mengkaji lagi, makanan Korea menjadi berjenis-jenis itu adalah kerana sejarah seorang maharajanya yang terlalu teliti dalam soal makanan, maka tukang masak istana menyediakan makanan sedemikian rupa.

Sekarang, jika ia mengetahui betapa istimewanya makanan tersebut, adakah ia akan melepaskan peluang untuk mencuba? Adakah ia akan merungut? Atau adakah ia akan terus berasa jengkel?...


 CONTOH KEDUA:
Mungkin kita pernah melihat seorang budak yg hanya melihat rakan-rakannya menikmati sebatang 
ais krim dan dia selalu meminta kepada rakan-rakannya tanpa pernah membeli sendiri. Setiap hari, dia
meminta kepada rakan-rakannya walaupun harga ais krim itu sebenarnya tidak lah begitu mahal. Cuma seringit sahaja. Dan dengan mudahnya kita membuat kesimpulan bahawa budak tersebut seorang yg 
suka meminta kepada org lain dan mungkin juga seorang yg kedekut ataupun suka menyusahkan org lain.
Namun, tidak kita ketahui bahawa nilai seringgit itu mungkin besar ertinya kepada budak tersebut. Ataupun dia sememangnya tidak mampu walaupun apalah sangat nilai seringgit itu kepada kita. Kita memang tidak akan memahaminya kerana kita tidak berada di tempat budak tersebut.



Penulis tidak mahu bercerita lebih lanjut. Rasanya, apa yg ingin di sampaikan sudah di fahami.
Renung-renungkan dan selamat berfikir. =D


p/s:  cerita pertama lebih hebat dari cerita kedua. sebabnya, cerita kedua itu hanyalah rekaan penulis semata-mata. okayy peace ! =)

No comments:

Post a Comment