Saturday, July 30, 2011

Jatuh, bangun. Jatuh, bangun.

 

     "Yang menentukan Kemenangan bukan berapa kali jatuh tetapi berapa kali bangun semula"







Jatuh, bangun.

Jatuh, bangun. 
Jatuh, bangun.
Jatuh, bangun. 
Jatuh, bangun. 
Lama-lama berjaya. 
Walaupun jatuh lima kali, kita bangun lima kali juga.
Itulah asas kejayaan.

Ada orang jatuh, tidak bangun. 

Dia jatuh cuma sekali, tetapi tidak bangun-bangun. 
Itulah punca kegagalan.

Misalnya seorang pemuda belajar menunggang motosikal. 

Sebelum dapat menguasai kemahiran berkenaan, 
pemuda tersebut perlu membuat banyak latihan. 
Namun, yang berjaya kelak tidak semestinya mereka yang 
membuat latihan terbanyak (tetapi meninggalkan undang-undang lalu lintas). 
Mereka yang berjaya menguasai kemahiran berkenaan ialah 
mereka yang bukan sahaja banyak membuat latihan, tetapi 
apabila mereka berhadapan dengan keadaan lalu lintas yang sesak, 
tidak mudah berputus asa.
Walaupun beberapa kali gagal, 
mereka akan terus mencuba dan mencuba sehingga berjaya. 
Itulah asas kemenangan dalam hidup ini. 


p/s: Gud Luck SBPians. =D

No comments:

Post a Comment