Saturday, July 30, 2011

Buat baik.

Buatlah sesuatu yang baik, 
kerana ia akan dikenang orang sampai bila-bila.
Tidak kiralah jika perbuatan kita itu akan dibalas atau tidak, 
janji kita sudah melakukan suatu kebaikan.

Orang yang selalu melakukan kebaikan, 

hatinya akan sentiasa gembira. 
Bila kita merasa gembira, 
kita juga akan senang mencapai kejayaan
dalam apa juga yang kita usahakan. 
Jadi kalau mahu berjaya, 
marilah bersama-sama mengubah sikap kita.
Selalulah melakukan kebaikan.

Kalau dahulu jarang-jarang buat baik, 

sekarang rajin-rajinlah buat baik,
bila orang ucap terima kasih mesti hati kita akan gembira, 
bila kita gembira kita akan bersemangat 
dalam apa sahaja yang kita lakukan. 
Tapi, buat baik sesuaikan dengan keadaan.
Manusia sekarang semuanya pandai-pandai, 
bila kita buat baik kadang-kadang orang pergunakan kita. 
Gunalah akal fikiran yang Allah berikan 
pada kita untuk berfikir.

Buatlah sesuatu yang baik, biar sedikit tapi berterusan.





 p/s: Selamat Menyambut Ramadhan ;)

No comments:

Post a Comment