Friday, January 14, 2011

Macam tin sardin..

Hah,
terkejar-kejar penulis kerana hendak naik bas awal semasa hendak pulang ke rumah,
rakan-rakan penulis memang berharap agar kami sempat menaiki bas yg melalui lebuh raya,
bukan apa, cepat sedikit perjalanannya berbanding melalui jalan biasa,
aduhaiii, malang sungguh rupanya,
sesampainya penulis dan rakan-rakan di stesen bas Sg Petani,
terus sahaja rakan penulis ke kaunter pertanyaan,
rupa-rupanya bas "idaman" penulis dan rakan-rakan rosak pula,
nasib,nasib..
penulis dan rakan2 pun terus menunggu untuk bas yg seterusnya..
tunggu dan punya tunggu hampir satu jam setengah..
barulah datang sebuah bas untuk ke Shahab Perdana,
tak sempat penulis dan rakan2 menaikinya kerana org ramai terus sahaja menyerbu bas terbabit,
terpaksalah kami menunggu bas yg seterusnya..
sudahlah bas yg rosak tiada ganti, dan terpaksa menunggu untuk bas yg seterusnya pula..
apapun tidak lama kemudian datang sebuah bas lagi, dan terus penulis serta rakan-rakan menaikinya,
setelah berasak-asak di dalam bas barulah penulis dapat duduk di dalam bas..
penulis rasa sudah penuh penumpang,namun konduktor bas terbabit terus membiarkan orang ramai menaikinya,
sempat jugalah penulis lihat bilangan penumpang yg tertera di dalam bas tersebut,
"45 orang penumpang"
tapi yg penulis lihat,bukannya 45 org namun sudah melebihi had sehinggakan yg berdiri pun tiada ruang untuk bernafas,huh !
macam berada dalam tin sardin pula rasanya..
kalau macam inilah penulis kira, kaya syarikat bas terbabit..
waahh! rasanya mutu perkhidmatan pengangkuatan awam di negara kita masih perlu di tingkatkan,
apa yg penulis fikir, keutamaan keselamatan dan keselesaan seharusnya di beri kepada para penumpang,
hmmm apapun sempat jugalah penulis merasai berada di dalam tin sardin.. =p
kesian juga penulis melihat warga emas yg terpaksa berdiri sepanjang perjalanan,
namun masih ada yg bermurah hati menghulurkan bantuan kepada mereka..
itu yg penulis banggakan.. =)

1 comment:

  1. Video poker has a colorful history and may be traced back 카지노사이트 to the late 1800s

    ReplyDelete