Saturday, January 15, 2011

Bersyukur..

Okayy, kali ini penulis ingin ceritakan sedikit tentang peristiwa yg berlaku di sekolah,
pada 5hb yg lalu, pelajar tingkatan satu mula daftar ke sekolah penulis,
rasanya di SBP lain pun mcm tu jugak,
dan sebelum kedatangan mereka, ada jugalah seorang guru penulis ni memberitahu
bahawa 3/4 yg datang kali ini dari seluruh pelosok dan jgn terkejut kalau ada yg tidak pernah dengar nama tempat2 tersebut..
dan apa yg menarik perhatian penulis serta warga sekolah adalah tentang seorang budak ni,
seorang budak lelaki, kecik je badannya,,
kalau tak silap penulis dari Baling agaknya..
dan keadaan keluarganya amatlah susah..
sehinggakan semasa dia datang ke sekolah, sehelai baju sekolah pun dia tidak ada,
malah sepanjang minggu suai kenal, hanya sehelai tshirt sahaja yg di pakainya,
pagi, petang, siang malam..
memang kesian..waktu main pulak, dia pakai kasut hitam yg di pakainya untuk ke sekolah.
itupun bukannya kasut baru, tapi kasut yg sudah di gunakan dulu..
rasanya ramai juga yg bersimpati dgn nasib adik junior neh,,
dan memang sedih kalau melihat keadaannya dgn mata sendiri..
sehinggakan ada juga rakan penulis yg menitis kan air mata..
penulis pun sempat juga terfikir,
kalau kita fikir bahawa kita berada di susah, jgn lah lupa bahawa ada lagi insan yg lebih susah daripada kita,
selama ni penulis hanya melihat peristiwa tersebut di dalam tv, tapi tidak penulis sangka memang ada di hadapan mata penulis sendiri.
rasanya kita patut bersyukur dgn segala apa yg kita ada pada hari ini,
sekurang-kurangnya kita lebih betnasib baik dari mereka yg tidak mempunyai apa2,
sehinggakan ibu junior tersebut tidak mampu untuk membeli buku terhadap anaknya,
nasib baiklah juga pengetua sekolah penulis yg prihatin sedaya upaya membantu pelajar tersebut membeli pakaian untuknya,,
penulis kira, junior tersebut pasti bersemangat untuk mengubah nasib keluarganya..
itu yg penulis harapkan..

p/s : Keindahan ilmu pada penuntutnya umpama orang yang buta kemudian celik dan boleh melihat keindahan dunia...

No comments:

Post a Comment