Saturday, May 12, 2012

Dugaan. Ujian. Ketabahan. Hikmah



Rasa susah dan payah itu seringkali membuatkan kita mahu terus putus asa.


Sehinggakan setiap perkara di hadapan terus ditinggalkan tidak dipedulikan.


Namun, sampai bilakah mahu kita berputus asa tidak mahu berusaha?




Maaf, lama tidak mencoret.
Penulis bukanlah seorang yang pandai bermadah.
Penulis juga bukanlah seorang yang boleh menceritakan apa sahaja.
Tapi saat ini, penulis perlu luahkan sedikit di buku hati.
Penulis (lama tak guna kan) sedang mengalami satu proses.
Proses ke arah kematangan.
Setiap fasa hidup ada cabaran.
Sukar ataupun tidak, HARUS di tempuhi.
Yang berbeza, cara untuk setiap orang mengatasi.
Sebelum ni, penulis hanya tahu wujudnya perkataan DUGAAN dan CABARAN.
namun masih tidak faham maksud sebenar.
kerana masa yang belum tiba.
setelah mengalami SEDIKIT dugaan dan cabaran, baru penulis paham,
banyak lagi yang akan mendatang, dan sejauh mana kemampuan penulis untuk semua ini.
bila di jentik dengan sedikit masalah, baru cuba menginsafi kelemahan diri.
terasa sungguh khilaf diri penulis.
bila di datangkan sedikit cubaan, baru cuba mendekati DIA.
terasa hina diri penulis.
bila di uji dengan sedikit halangan, baru cuba mengetahui kesalahan diri.
terasa dangkal nya diri penulis.

sebelum ini, penulis pernah mendengar dari insan insan lain,
air mata tak pernah berhenti mengalir.
tapi penulis tak mengerti.
sekarang, bila melalui saat getir baru penulis sedar.
air mata bukan sekadar mengalir di pipi.
namun, dalam hati juga tak berhenti menangis.
YA ALLAH.
penulis bukanlah seorang yang begitu tabah.
penulis juga bukanlah seorang yang begitu berani.
takut sebenarnya untuk menghadapi.
takut akan kesakitan dan keperitan yang akan di lalui.
namun perlu juga di gagahi.
yaa, memang sakit.
saat macam ni, baru hendak bangun 3 per 4 malam.
siang malam berdoa.
sebelum sebelum ni?
tepuk dada tanya iman.
terima kasih yang memberi sokongan untuk penulis menghadapi semua ini.
masih ada insan yang mengambil berat.
DIRI, kentalkan hati.
* lagu pun terpaksa tukar mendayu dayu untuk menceritakan keadaan penulis sekarang.
dua hari tanpa henti air mata. dua hari tanpa henti. ini bukan salah taip.
nak menceritakan air mata penyesalan penulis.
penyesalan.


P/S: penulis tak suka mem"public" kan sesuatu yang penulis rasakan "privacy"

No comments:

Post a Comment