Friday, June 10, 2011

Hidup ini bukan senang.

Bercerita tentang kehidupan sampai bila pun tak kan habis.
Namun, perlu untuk di ceritakan. =)
Dan penulis memang sukakan perkataan kehidupan,
kerana luas dan mendalam maksudnya.

"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]
 

"Siapa fikir kehidupan itu sepatutnya senang lenang sentiasa sepanjang masa,
maka dia akan menghadapi kekecewaan yang tiada taranya. 
Resmi kehidupan ada turun naik, begitulah juga resminya keimanan di dalam jiwa.
Tetapi yang manusia perlu tahu, tetap ada solusinya untuk terus tabah mengharungi kehidupan."

Perlu faham

Manusia perlu memahami resmi turun dan naik ini.
Sebab itu bila kita berada pada satu tahap kesenangan, 
jangan dilupakan zaman-zaman kesusahan kita. 
Sebab itu juga bila kita susah,
jangan lupa kesenangan yang pernah kita kecapi.

Beringat-ingat 

Biar masa senang kita beringat-ingat.
Biar masa susah tidak kecewa hingga putus segala usaha.
Dan perlu diingat bahawa Allah jugalah pemberi segala kesukaran di dalam kehidupan. 
Dia juga yang menetapkan segala kebahagiaan atau kegembiraan.

Menjaga hak-Nya

Maka hendak atau tidak, kembali kepada-Nya adalah satu-satunya solusi untuk mencapai ketenangan. Menjaga hak-hak-Nya adalah satu-satunya jalan untuk mendapat bantuan.

p/s: kerana bukan senangnya hidup, ramai yg terkandas. hidup bukan senang. pasti adanya cabaran.
namun sesiapa yg berpaut kepada Allah, dia tidak akan kecundang. =)

No comments:

Post a Comment