Saturday, September 17, 2011

POSITIF

" Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam 
memperolehi pahala bukanlah sifat orang yang beriman.
 Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu 
yang baik untuk akhirat anda, 
membantutkan semangat.
Jadikan ia pendorong dan motivasi. " 




" Cool wherever you are, but you think more than people are"




" You cannot climb the ladder with 
your hand in the pocket"




 " Inteligence of a man doesn't depends on how
much homework they complete,
but it depends on how much revision
he does "




P/S: try to be positive :)

Friday, September 2, 2011

Must go on



" Hidup itu sederhana. Ambil keputusan, lakukan dan jangan menyesalinya "




" Momentum selama 11 tahun perlu diteruskan. 
  6 tahun di sekolah rendah.
  5 tahun di sekolah menengah.
  Plus 2 tahun di tadika. Opss, total menjadi 13 tahun. "





" Tak kan angka 70 hari membuatkan penantian selama 13 tahun. (darab sendiri berapa hari)
menjadi putus asa? " (Kemaihh ! =p )










" Ucapkan Welcome kepada Mr SPM "  ^_^


p/s : demam SIJIL PELAJARAN MALAYSIA  =)


Wednesday, August 31, 2011

Hahaha =D



1)polis dan perompak

Seorang perompak yang baru merompak sebuah bank telah ditangkap oleh pihak polis.

Polis: Jangan bergerak!!!!

Perompak: ok...ok...

Polis: Angkat tangan!!!!!


Perompak: Kan tak boleh bergerak..macam mana nak angkat tangan?

Polis: @#$%&!*(bengang)





2)muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.

"Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,

"Boleh nek, tapi kenapa?"Si nenek menjawab,

"Biar muntahnya lebih cepat."





3)pak pandir barah otak


Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.


Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak. 





p/s: =D

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri


Haaa.
Best kan tgk org tgh sibok2.
al maklumlah, nak raya kn.
tgk mmg best tp keja tak nak buat. haha =D
teringat pulak zaman kecik2 dulu.
meriah je. maw nya x meriah, boleh main bunga api.
sambil lari-lari dgn riangnya. wahhh ! 
sampai putus jari pun x pe, setahun sekali je. =p
dan yg paling penting,
duet pun buleh tahan jugak meriah nya.
hehehe 0_o
kalau time balek kmpg tuh, pusing dua tiga kali keliling kmpg.
byk pusing byk lagi laa duet.
haha. tp skrg dah besar.
untungkan jadi bdk kecik? haha
so, manfaat kan la zaman kau muda2 ni. huhu
okay, * mengarut.
btw, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin yaa.
biasa laa, manusia biasa mmg byk buad salah kan.  =,=
nanty I dedicate lagu raya yg Anuar Zain nyanyi ngan Elina tu kat youu all
dalam Hot fm okayy? tanda maaf. heee~
kalau ada yg terasa ke, terkasar bahasa, termelawak atau apa2 je lah,
ikhlas dari lubuk hati ni harap semua dosa2 I di maafkan. ^_^
sory laa ye, x sempat nak post dalam paper Utusan Malaysia kt ruangan salam perantau
tu, dalam blog pun kira halal la ehh. haha  =D
tahun depan I post okayy. =,=


                                      SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
                                     
                                      love from New Zealand. =D

p/s: jemput laa dtg rumah, tp I x da kt umah sbb ada kt New Zealand. haha

Friday, August 26, 2011

Manusia, Otak, Akal, Hati & Duit



Manusia :
Aku dicipta untuk satu tujuan. Menjadi khalifah di muka bumi ini. Berbuat kebaikan untuk diri sendiri dan sekian mahluk ciptaan-Nya. Aku dilahirkan bogel tetapi tidak ternilai. Aku ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan nilai-nilai tertentu. Nilai-nilai yang mungkin warna-warna elok dan terang sedap dipandang tetapi mungkin sahaja terselit warna-warna muram dan kehitaman yang comot.
Pemilikku adalah ibubapaku tetapi kami sekeluarga dimiliki-Nya. Aku tidak kekal sama tetapi membesar secara fizikal dan mental dan berhijrah dari semasa ke semasa. Kuasa ku terdapat berbagai-bagai bentuk. Ada kuasa terletak pada pengetahuan, fizikal atau kedudukan. Tetapi walau bagaimanapun besar kuasaku, aku tetap hamba pada-Nya. Walau pun kekadang aku terlupa atau sengaja buat-buat lupa amanah-Nya padaku.
Duit, kau membuat ku bekerja untuk mendapatkanmu. Supaya aku mampu memiliki yang lain melaluimu. Kebanyakannya berbentuk lahiriah. Dan dari lahiriah inilah kekadangkan boleh memberikan aku kepuasan batin, kesenangan dalaman atau memenuhi santapan jiwaku. Salahkan aku kalau bercita-cita untuk mendapatkan seberapa banyak duit?
Otak :
Aku dicipta-Nya seiring dengan setiap mahkluk yang wujud. Mungkin berlainan bentuk dan keupayaan. Sudah tentu sahaja begitu kerana setiap makhluk berbeza tujuan diciptakan-Nya. Tetapi aku hanya alatnya sahaja. Ya, aku ibarat lampu suluh sahaja. Untuk menyala aku perlukan sumber tenaga, aku perlukan bateri. Jika bateriku lemah maka suramlah sinarku dan sebaliknya. Akal adalah bateriku. Akallah sumber tenagaku.
Akal :
Aku melihat, mendengar, merasa, menilai dari setiap sudut yang aku mampu lihat, dengar dan rasa. Setelah sekian lama mengumpulkan ilmu dan pengalaman. Aku tidak pernah kekal sama. Sudah tentu kerana setiap masa dan hari aku terdedah kepada perkara-perkara baru. Aku kemaskini semuanya.
Hati :Ya, aku yang mengarahkan semua anggota-anggota lain bertindak dan berkelakuan semahunya tetapi ada satu unsur lain yang mempengaruhiku. Kadang-kadang aku sendiri lemah untuk melawannya. Apbila manusia sebut 'masuk akal', itulah kesan dariku. Tetapi apabila 'tidak masuk akal' yang dilakukan walaupun sudah tahu itu salah atau mustahil, aku tiada kuasa menghalang. Dia lebih menguasai keadaan ketika itu. Dia adalah hati. Dia adalah emosi.
Aku dan perasaan tidak tahu mengapa aku sering dipersalahkan. Ikut hati, mati atau menunjuk perasaan, mogok, piket, marah, dendam kesumat. Bukankah aku juga memberi rasa kasihan, rasa simpati, rasa cinta, rasa kasih dan sayang?
Duit:
Aku dicipta untuk satu tujuan. Aku dijana dengan satu nilai. Aku diguna untuk apa-apa yang nilai aku boleh ditukarkan. Aku boleh jadi hitam atau putih di tangan pemilikku. Pemilikku bertukar-tukar dari semasa ke semasa. Sukar untuk aku kekal pada satu tempat yang sama setiap masa. Aku bekerja untuk manusia tetapi kadang-kadang aku pelik melihat manusia itu sendiri menghambakan diri mereka untukku. Aku tiada kuasa tetapi kadang-kadang aku memberi kuasa. Aku hanya hamba tetapi kadang-kadang aku boleh menjadi tuan.
Aku boleh buat orang gembira dan mungkin juga hiba. Keranaku juga manusia sering berubah-ubah sifat, kelakuan atau peribadi. Mereka boleh jadi marah, bergaduh, bertengkar, semua keranaku. Mereka boleh jadi pencuri, pencopet dan juga pembunuh demi keranaku. Ya, ada yang menggunakan ku untuk kebaikan, menolong orang lain, memperbaiki kehidupan.
Tetapi sering sahaja aku dijadikan punca segala kejahatan sedangkan aku tiada kuasa secara langsung untuk tujuan-tujuan itu. Tetapi jikalau kebaikan-kebaikan pula, tangan-tangan yang memberi mendapat nama. Aku tidak mahu nama, aku sudah ada namaku sendiri. Salahkah aku kerana menjadi rebutan manusia?

Thursday, August 25, 2011

Sahabat


"Persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran,

bertunjangkan kasih sayang,

lalu membuahkan ikatan.

Jika terpesong maka patahlah ranting,

reputlah akar lalu rosaklah buah.

Teman sejati bukanlah dekat bicaranya,

tapi,

yg sentiasa di hati dan

diingati dalam setiap bisikan doanya "





p/s: tetiba je. haha =D


Saturday, July 30, 2011

Buat baik.

Buatlah sesuatu yang baik, 
kerana ia akan dikenang orang sampai bila-bila.
Tidak kiralah jika perbuatan kita itu akan dibalas atau tidak, 
janji kita sudah melakukan suatu kebaikan.

Orang yang selalu melakukan kebaikan, 

hatinya akan sentiasa gembira. 
Bila kita merasa gembira, 
kita juga akan senang mencapai kejayaan
dalam apa juga yang kita usahakan. 
Jadi kalau mahu berjaya, 
marilah bersama-sama mengubah sikap kita.
Selalulah melakukan kebaikan.

Kalau dahulu jarang-jarang buat baik, 

sekarang rajin-rajinlah buat baik,
bila orang ucap terima kasih mesti hati kita akan gembira, 
bila kita gembira kita akan bersemangat 
dalam apa sahaja yang kita lakukan. 
Tapi, buat baik sesuaikan dengan keadaan.
Manusia sekarang semuanya pandai-pandai, 
bila kita buat baik kadang-kadang orang pergunakan kita. 
Gunalah akal fikiran yang Allah berikan 
pada kita untuk berfikir.

Buatlah sesuatu yang baik, biar sedikit tapi berterusan.





 p/s: Selamat Menyambut Ramadhan ;)

Jatuh, bangun. Jatuh, bangun.

 

     "Yang menentukan Kemenangan bukan berapa kali jatuh tetapi berapa kali bangun semula"







Jatuh, bangun.

Jatuh, bangun. 
Jatuh, bangun.
Jatuh, bangun. 
Jatuh, bangun. 
Lama-lama berjaya. 
Walaupun jatuh lima kali, kita bangun lima kali juga.
Itulah asas kejayaan.

Ada orang jatuh, tidak bangun. 

Dia jatuh cuma sekali, tetapi tidak bangun-bangun. 
Itulah punca kegagalan.

Misalnya seorang pemuda belajar menunggang motosikal. 

Sebelum dapat menguasai kemahiran berkenaan, 
pemuda tersebut perlu membuat banyak latihan. 
Namun, yang berjaya kelak tidak semestinya mereka yang 
membuat latihan terbanyak (tetapi meninggalkan undang-undang lalu lintas). 
Mereka yang berjaya menguasai kemahiran berkenaan ialah 
mereka yang bukan sahaja banyak membuat latihan, tetapi 
apabila mereka berhadapan dengan keadaan lalu lintas yang sesak, 
tidak mudah berputus asa.
Walaupun beberapa kali gagal, 
mereka akan terus mencuba dan mencuba sehingga berjaya. 
Itulah asas kemenangan dalam hidup ini. 


p/s: Gud Luck SBPians. =D

Wednesday, July 13, 2011

Lagu PLKN ;)

(WIRA WIRAWATI) 

Wira Wirawati Harapan Bangsa
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran Begerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan

Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita yang Kaya
Bersama Bergandingan Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia

Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad Bersama

Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kami Sahut Cabaran Bergerak Seiringan
Kami Pasti Mencapai Wawasan

Kita Sahut Cabaran
Bersama Bergandingan
Berkhidmat Untuk Negara..MALAYSIA!

p/s: hehehe ;p

Friday, June 10, 2011

Hidup ini bukan senang.

Bercerita tentang kehidupan sampai bila pun tak kan habis.
Namun, perlu untuk di ceritakan. =)
Dan penulis memang sukakan perkataan kehidupan,
kerana luas dan mendalam maksudnya.

"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]
 

"Siapa fikir kehidupan itu sepatutnya senang lenang sentiasa sepanjang masa,
maka dia akan menghadapi kekecewaan yang tiada taranya. 
Resmi kehidupan ada turun naik, begitulah juga resminya keimanan di dalam jiwa.
Tetapi yang manusia perlu tahu, tetap ada solusinya untuk terus tabah mengharungi kehidupan."

Perlu faham

Manusia perlu memahami resmi turun dan naik ini.
Sebab itu bila kita berada pada satu tahap kesenangan, 
jangan dilupakan zaman-zaman kesusahan kita. 
Sebab itu juga bila kita susah,
jangan lupa kesenangan yang pernah kita kecapi.

Beringat-ingat 

Biar masa senang kita beringat-ingat.
Biar masa susah tidak kecewa hingga putus segala usaha.
Dan perlu diingat bahawa Allah jugalah pemberi segala kesukaran di dalam kehidupan. 
Dia juga yang menetapkan segala kebahagiaan atau kegembiraan.

Menjaga hak-Nya

Maka hendak atau tidak, kembali kepada-Nya adalah satu-satunya solusi untuk mencapai ketenangan. Menjaga hak-hak-Nya adalah satu-satunya jalan untuk mendapat bantuan.

p/s: kerana bukan senangnya hidup, ramai yg terkandas. hidup bukan senang. pasti adanya cabaran.
namun sesiapa yg berpaut kepada Allah, dia tidak akan kecundang. =)

Renungan ~

" Setiap perjalanan akan selalu memerlukan kekuatan.
Sebuah mobil tidak akan berjalan jika tidak memiliki kekuatan untuk membawa beban dirinya.
Begitu juga dengan manusia, agar bisa menjalani hidupnya memerlukan sebuah kekuatan.
Seberapa besarkah kekuatan yang diperlukan oleh manusia agar sanggup menjalani hidupnya dengan baik?
Kita tidak pernah tahu, namun yang jelas adalah potensi yang sudah kita miliki serta pertolongan dan bantuan Allah, kita dijamin akan sanggup menjalani hidup dengan beban sebesar apa pun.
Allah sudah menjamin hal ini, meski kekuatan manusia memang terbatas, tetapi semua beban yang kita hadapi masih berada dibawah kemampuan manusia itu.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya "
(QS. Al Baqarah: 286)

Cepat nya masa =,=

errr rasa mcm sat ja kn masa berlalu.
tmbah2 sbg seorg pelajar. =,=
2 mggu cuti pun mmg x cukup.
hehe
sory lah sbb x update blog neh,
haha sibuk dgn ole-ole. =)
*okayy tipu !
sebab x siap pun.
haishh cuti 2 mggu keja hat cket tu pun x siap.
hmmm,
baru rasa nk menyesal !
haha
yg taw tidoq, tidoq, makan, makan dan makan.
hat tu mmg x lupa ! =)
kalo ole-ole ja, bwt2 lupa. erghhh!
dah nk balek baru nk tringat.
tiba2 ja berharap pakgad dekat sekolah penulis x buad giat nk kutip ole-ole. huhu =(
kalo kutip jugk, hntaq hat tak siap tu je lah.
errr okayy dak? haha =p
hmm, len kali kalo balek nk kna bg siap lah.
ni pun xda la xbwt lgsung tp,
x siap laa. haha



p/s: sory, x update. ni pun adik pony yg tegur suruh update. hehe

Sunday, June 5, 2011

Yeay !






                                             Ahaaa. congrate Azri. masok final.
                                             sebab kau, aku tak tgk buku.
                                             tggu depan tv. HAHA =p


p/s: Abangs Anuar Zain, I tetap setia okayy. =D

Friday, June 3, 2011

Hepy Bufday

i have no idea sebenaqnya.
cehhh~ rasa mcm hebad la pulak. HAHA =p
tapi nk tuleh jugak. hee~
baru tadi ada junior tanya pasai idoms kot Facebook
pelajar cemerlang. memang patot di puji.
ada usaha nk tanya tu. beza ngan org hat tuleh ni. hehe =)
okayy, tu cerita tambahan. hehe =p
sebagai rakyat yg bertanggungjawab, cuma nak bagitau yg esok Hari Keputeraan YDPA.
=)
kenai dak?


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

dan nak bagitaw jugak, esok sapa2 hat nak p library ka. mmg x bukak lah.
sebab cuti. okayy.
sapa hat tktaw general knowledge tuh, mmg trox. =p
nnty nk intebiu scholarship, x reti jawap. padan muka. (kata kt diri sendiri)
okayy. =)

p/s: betoi dak AFIF ZAKARIA? =)
      padan muka kena capap nama. =p

Wednesday, June 1, 2011

" Pemalaih"

Inspirasi oleh: Anuar Zain  =)

okayy.
kali ni nk tuleh dlm bahasa kedah.
haha boleh dak?
ada ka bahasa kedah?
loghat kedah. =)
tiba2 dok tringat kenangan hat dulu2.
adoihh. tyme kecik2 hat tkdak masalah.
cehh~ yg tw qeja men ja.
hat dulu2 yg rajen.. la ni?
pemalaih nk mmpoih.
haha paham dak dok mencarut apa neh? =p
haa la, dulu kalau suruh p kedai ka.
tobat ulang dua tiga kali. bukan pa, satgi boleh la beli apa2.
cekelat ka, haha
dak pun mainan hat dalam bola tu. HAHA
kalau soh buat keja skolah, uihhhh rajen ~
ckgu suquh bwt mka surat pertama ja pun, pulown tk tdoq tgh hari
bwt smpai habeh stu buku. uihh hebad gak nohh dulu2.
pahtu yg syoknya tyme ckgu tanda buku,
dapat laa lima bijik bintang kat buku. kira bwt qeja habeh baguihh la. HAHA
pakat dok tayang buku kt kwn2, siap kira bapa ketul bintang.
sapa paling byk. hehe
tu hat zaman rajen~
laa ni?
uihh pntang ada masa free, qeja nk tidoq.
konon kaver tyme kt asrama laa.
cehhh~ padahal kt asrama sakan gak tidoq. haha
bwt omwek cket, mata pon nk tutup laa.
konon penat stady laa nohh. =p
hehe alasan x di terima !
haihh~ bila laa nk mai balek zaman kegemilangan hat rajen dulu2 tuh tktw?
haha. tkpa2,
semangat utk diri. kna rajen nehh~
HAHA. p bwt omwek ! dak pun baca buku. =p


 p/s: kena ber"cinta" ngan ole2 balek kmpg.
       haihhh. omwek laa tuh ! =)

Tuesday, May 31, 2011

AISHITERU

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali


p/s: ada org kata lagu ni sweet. oyeahh?
       hehe =)

Friday, May 27, 2011

HKSBP : siri 1

Ahaaa.
habeh jugak HKSBP taon ni.
rasa cam lama nye nak mengharungi hari2 kat sana.
Err, tapi best la jugak. hehe
Betul x Nurul Asyiqin Azizan?? ^_^
kali ni tuan rumah nya kat TKC. (kolej tunku kurshiah)
tapi di sebabkan ada jugak peserta lelaki, Sek Men Sains Seremban ataupun nama
barunya, Sek Men Sains Tuanku Munawir menjadi tempat penginapan peserta lelaki.
Tempat pertandingan pun lain-lain.
Bagi Bahas Bahasa Inggeris, tempat pertandingannya kat TKC.
Bahas Bahasa Melayu lak, kat Saser.
Untung la penulis kan, duduk kat TKC tapi tyme lawan pegi Saser. HAHA =p


Sains Seremban

Kolej Tunku Kurshiah


Apa pun, penulis nak berterima kasih kat "usher" Saser yg setia menemani team SEMOJI.
hehehe =)







p/s: terima kasih byk2 "usher". hehe
      nanti penulis cerita lagi, okay.

Thursday, May 19, 2011

Kau jaga tepi kain org, tapi kain kau sendiri terkoyak.

Fuhh !
Sorry. sebab dah bersawang blog ni.
x sempat nak update lah katakan. hehe
baru je habis exam mid year selaras sbp.
Alhamdulillah.. =)

okay, berbalik kepada cerita.
cerita secara ringkas.
dan ringkas.
tengok tajuk pun mesti dah tawu kan apa yg penulis
cuba sampaikan.

" Kau jaga tepi kain orang, tapi  kain kau sendiri terkoyak"

p/s: Cermin diri sendiri =)
       fikir-fikir.

Friday, April 22, 2011

What You Give You Get Back !

" SAYA TAK ADA UBAT AJAIB UTK MENYEMBUHKAN KESAKITAN ORANG.

SAYA HANYA ADA FORMULA UTK MEMBANGKITKAN KEMBALI

KEYAKINAN MANUSIA.

DGN KEYAKINAN ITULAH SAYA BANGKIT UTK MEMBERIKAN KESEMBUHAN

PADA DIRINYA SENDIRI.

SAYA TAK AKAN MEMBERI DUIT KPD ORG YG TDK BERDUIT UTK

MENYELESAIKAN

MASALAHNYA TP SAYA MEMBERI KESEDARAN KPDNYA UTK MEMBUAT

DUIT DAN

TUNJUK CARA-CARANYA SUPAYA DUIT ITU BOLEH DI MILIKINYA.

SAYA TDK MEMBERIKAN IKAN KPD SESEORG YG KEPINGIN HENDAK

MKN IKAN

TP SAYA MEMBERI JORAN SUPAYA HARI-HARI DIA BOLEH

MAKAN IKAN.

SAYA TDK CUBA MENYELESAIKAN SATU MASALAH SEDANGKAN YG

LAIN-LAIN

HANYA MENUNGGU UTK MUNCUL

TP SAYA MEBERIKAN FORMULA SUPAYA SEMUA MASALAH DAPAT

DI KECILKAN"


p/s: Formula yg berguna. =)

M.A.S.A.L.A.H

cerita kedua.
hehe
dalam post kali ni, penulis cuba menulis ala-ala
Dr HM Tuah. hehe
motivasi laa kononnya.
kenal x sape?
yg femes2 tu..
haha
ni la dia.. tadaaa !!

pernah di datangi oleh seseorang,
penulis rahsiakan namanya. =)
penulis gelarkan dia sebagai A.
lalu terjadi lah sesi temu bual.
secara ringkas.

A: saya rasa saya ada masalah laaa.
Penulis: apa masalah nya?
A: saya pun x tahu apa masalah saya.
Penulis: ouh, saya rasa saya tahu.
A: apa??
Penulis: masalah nya ialah awak x tahu masalah awak.
A: hah?
Penulis: ye, tu laa masalah awak.
A: memang masalah.

paham? ke x paham?
okayy, cuba pahamkan.
cerita ni x menjadi satu masalah untuk di fahami.
hehe =)

p/s: sebenarnya apa yg penulis rasa ialah sesuatu masalah itu akan menjadi masalah kalau kita
anggap sebagai masalah. itu memang masalah ! =)
fikir-fikir.

credit to: MASALAH. peace !